Sunday, February 7, 2010

Kisah Jutawan 3: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Assalamulaikum dan Salam Satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Bertemu lagi kita dalam koleksi kisah Jutawan. Kisah jutawan yang akan saya bawakan pada kali ini ialah seorang jutawan yang tersohor di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..

Beliau merupakan seorang jutawan yang sangat saya sanjungi. Ini disebabkan beliau menjadi jutawan bukan di atas tiket kecemerlangan akademik iaitu berjaya melanjutkan pengajian sehingga ke Universiti.. Tetapi sebaliknya kejayaan beliau adalah di atas usaha gigih beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan kecil-kecilan seperti menjual sayur-sayuran, menjual roti canai, mengembala haiwan, menjual daging dan pelbagai bidang lagi.

Kesemua bidang perniagaan kecil yang pernah beliau lakukan menjadi pengalaman berharga kepada beliau untuk menceburi beberapa bidang perniagaan besar yang pernah diceburi seperti perniagaan pengangkutan barang, membekal keperluan asas seperti beras, teh, tepung, coklat, susu, membekal pakaian seragam tentera, perniagaan pakaian, perniagaan perkapalan dan bermacam-macam jenis perniagaan yang telah beliau ceburi menjadikan beliau antara 10 usahawan terkaya di malaysia..

Latar Belakang Kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar bukan berasal dari golongan yang kaya. Malah beliau juga tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat universiti.. Beliau hanya menamatkan persekolahan setakat tingkatan lima..

Tetapi berkat usaha gigih dan pengalaman berniaga yang beliau timba sejak dari kecil lagi menjadikan beliau seorang usahawan Melayu yang paling berjaya pada hari ini..

Kejayaan besar yang beliau miliki pada hari ini adalah menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang telah membelanjakan kos sehingga kini melebihi RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.. Membeli Johor Port Sdn. Bhd. pada harga RM 330 juta dan telah menjayakan Projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Membeli Johor Tenggara Sdn. Bhd. pada harga RM135 juta. Menyiapkan Muzium Kesenian Islam Malaysia berharga RM100 juta, pembinaan kompleks Al-Bukhary bernilai RM400juta dan beberapa kejayaan yang lain lagi..

Idea Jutawan

Perlu wujud semangat suka berniaga dan semangat keusahawanan dalam minda kita.. Jangan takut dan malu untuk mencuba dan sanggup bermula dari bawah (Berniaga kecil-kecilan).. Timba pengalaman-pengalaman berharga dalam hidup kita sebagai seorang peniaga dan mempelajari setiap kesilapan dan kelemahan yang dilakukan. Seterusnya perbaiki kesilapan dan kelemahan tersebut dari masa ke semasa sehingga akhirnya berjaya menjadi usahawan/jutawan..

Seperti yang kita semua sedia maklum 9/10 daripada pintu rezeki adalah melalui bidang perniagaan.. Walaupun kita bekerja makan gaji, namun pendapatan yang kita terima pada setiap bulan juga berpunca daripada perniagaan yang telah dijalankan oleh majikan kita..

Jadi mulai daripada hari ini, pelajarilah ilmu perniagaan supaya impian anda untuk menjadi salah seorang jutawan di Malaysia akan tercapai.. Sekian, terima kasih dan jumpa lagi di lain waktu..

No comments: