Monday, February 15, 2010

10 Langkah untuk mencapai matlamat bebas hutang

Hutang, hutang, hutang... "Gali lobang tutup lobang, Ada uang bayar hutang.."

Masih terngiang-ngiang lagi lagu dendangan Salleh Yaakob suatu ketika dahulu.. Tetapi dalam kehidupan kita pada hari ini, hutang merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.. Semua orang tidak akan terlepas dari berhutang.. Tidak kiralah untuk tujuan apa kita berhutang samada untuk menyambung pelajaran, berkahwin, membeli alat kelengkapan rumah, modal perniagaan, membeli hartanah, membeli kenderaan dan sebagainya..

Hutang tetap hutang.. Namun kita perlu bijak menguruskan kewangan kita untuk menyelesaikan hutang-hutang kita.. Jadi, pada post kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang 10 langkah untuk mencapai matlamat bebas hutang... Ok, mari kita bersama-sama membaca satu persatu langkah berikut:-

1) Periksa rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada. Untuk perbelanjaan menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda. Walaupun untuk membeli ais krim RM0.50 untuk anak anda.

2) Kirakan jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan

3) Tuliskan senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali insuran rumah, Telefon Bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada. (Pastikan anda selalu kemaskinikan rekod senarai hutang)

4) Buat senarai pembayaran minima yang anda perlu lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2,000 setiap bulan

5) Tengok baki yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6) Senaraikan semua hutang anda supaya hutang yang sedikit di atas sekali, dan yang bayak terletak di bawah. Contoh:

a) Hutang membeli pinggan mangkuk RM300
b) Hutang membeli perabot RM3,000
c) Hutang membeli peralatan kelengkapan elektrik RM4,000
d) Hutang Kad Kredit RM5,000
e) Hutang kereta RM50,000
f) Hutang rumah RM100,000

7) Sekarang anda perlu membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu. Contohnya hutang membeli pinggan mangkuk dan akhir sekali hutang yang besar, contohnya kereta atau rumah

8) Anda telah kirakan jumlah minimum hutang yang perlu anda bayar pada setiap bulan pada langkah 4 iaitu RM2,000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut iaitu RM200.

9) Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpul RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan ahli keluarga apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan di luar, cuba kurangkan Jika anda merokok, cuba behenti. Jika anda berusaha pastinya anda akan temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10) Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar R200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksimum untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

1 comment:

Rahsia Blog Famous said...

nice blog!
i will follow youu.. ;-)

sy nk kongsi rahsia bagaimana sy boleh tingkatkan follower dan trafik ke blog sy dlm masa yg singkat dengan bantuan SISTEM BLOG AUTO FOLLOW YANG HEBAT!!