Showing posts with label jutawan. Show all posts
Showing posts with label jutawan. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Bonus Terhebat bagi pembelian CD-ROM "39 Rahsia Menjana Wang RM300 Sehari Di Rumah"

E-Book

5 Strategi Minda Jutawan
"Ke Arah Merealisasikan Impian Untuk Menjadi Jutawan"


10 Produk "Master Resell Right" untuk dimiliki

E-Book Terbaru Hasil Karya Orang Kampung...

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini...

Alhamdulillah pada 2 minggu yang lepas secara rasminya siap sebuah lagi e-book hasil karya anak tempatan. E-book yang dimaksudkan di beri judul

5 Strategi Minda Jutawan

"Ke Arah Merealisasikan Impian Untuk Bergelar Jutawan"



E-book ini mengandungi informasi berguna kepada anda yang mempunyai cita-cita yang sama dengan penulis e-book ini iaitu menjadi jutawan. Strategi-strategi yang terkandung dalam e-book ini sangat realistik dan dapat dilaksanakan oleh semua orang. Dengan erti kata lain setiap orang berpotensi untuk menjadi jutawan dengan sayarat bijak menghidu peluang dan memanfaatkan setiap peluang yang ada dipersekitaran mereka.
E-book ini sangat memberi manfaat kepada anda di mana anda akan didedahkan dengan:

  • Panduan asas Teknik Pengurusan Wang
  • Strategi Menggandakan wang anda dengan kuasa masa
  • Strategi Untuk terus kaya walaupun berhadapan dengan inflasi
  • Strategi untuk meningkatkan kedudukan kewangan anda melalui simpanan
  • Strategi Untuk Meningkatkan wang melalui pelaburan
  • Strategi Untuk melipatgandakan pendapatan anda melalui menjalankan perniagaan secara sambilan samada melalui internet atau tanpa internet.

Jadi saya boleh memberi jaminan anda tidak akan rugi memiliki e-book ini. Disebabkan e-book ini merupakan hasil tulisan saya yang pertama, jadi saya tidak bercadang untuk menjualkannya kepada anda. Walaupun rakan-rakan saya memberi pandangan kepada saya supaya menjualkannya dengan harga RM40.

Tetapi saya enggan menjualkannya disebabkan saya hanya berminat untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya timba daripada pakar-pakar dalam bidang tertentu dan telah dipraktikkan dalam kehidupan seharian saya. Namun begitu, atas nasihat rakan-rakan saya, supaya tidak memberikan e-book ini secara percuma kepada pembaca-pembaca blog ini. Pada pandangan mereka, hasil penat lelah saya menulis e-book ini tidak berbaloi sekiranya ianya hanya diberikan secara percuma.

Sebaliknya mereka menyarankan kepada saya supaya menjadikan e-book ini sebagai "produk killer" untuk dijadikan sebagai bonus terhadap produk yang saya jual dalam blog ini. Bagi menyahut seruan rakan-rakan saya, saya telah menjadikan e-book ini sebagai bonus kepada produk yang dijual dalam blog ini iaitu:-

CD-ROM : "39 Rahsia Menjana RM300 Sehari Di Rumah"

CD-ROM ini mengandungi Maklumat-maklumat berkenaan 39 Rahsia Memperolehi Pendapatan sampingan dari Rumah yang perlu diketahui oleh semua orang. Ianya merupakan sebuah dokumen dalam bentuk fail PDF melebihi 100 halaman bercetak. Menariknya berkenaan CD-ROM ini anda dibenarkan membuat salinan seberapa banyak yang anda suka dan menjualkannya semula kepada pelanggan-pelanggan anda. Antara isi kandungan menarik yang terdapat dalam CD-ROM ini adalah:-

  • 100 Cara untuk jadi bos sendiri di Rumah
  • Rahsia memperolehi RM100,000 setahun di Rumah
  • Rahsia memperolehi keuntungan 3000% dengan modal beberapa sen
  • Bagaimana 'mencetak wang' secara sah dari rumah
  • Memperolehi RM1000 seminggu dengan kamera
  • Tiga rahsia mencari wang bayak dengan senang
  • Bagaimana menjalankan bisnes gayapos dari asas
  • Cara dan teknik menjadi orang kreatif
  • Memperolehi RM10,376 mengutip barang lama
  • Bagaimana menjadi orang yang cemerlang dalam hidup
  • Cara mudah untuk kaya dengan gayapos
  • 100 Bisnes dari meja makan
  • Rahsia menulis iklan yang menguntungkan
  • RM100 sejam dengan merakam pita video dari rumah
  • Memperolehi RM5000 seminggu bercakap dengan orang lain
  • Dan 24 lagi Panduan Yang Hebat dikongsikan oleh seorang usahawan tempatan

Dengan memiliki CD-ROM ini juga anda akan mendapat beberapa bonus tambahan seperti berikut:-

  1. Langganan setahun Buletin 'Peluang & Sukses' (Bernilai RM199)
  2. Pekej Lengkap Bisnes Gaya Pos termasuk Surat Jualan produk, Contoh Iklan dan 3 cara mudah menjual ratusan CD-ROM sebulan (Bernilai RM200)
  3. Formula RM200 setiap hari tanpa perlu keluar Rumah (Bernilai RM150)
  4. 10 Produk Master Resell Right yang lengkap dengan 'Templete' Laman Web Jualan, Surat Jualan, Lesen Menjual semula produk, Grafik-grafik yang diperlukan dan bonus tambahan untuk produk terpilih (Bernilai RM210)

Wow!! Banyaknya hadiah yang diperolehi oleh membeli CD-ROM 39 Rahsia Menjana RM300 sehari. Berapa harga yang dikenakan untuk membeli produk ini?

Harga yang ditawarkan untuk pembelian secara pekej kesemua produk-produk ini adalah RM999. Tetapi sebagai harga permulaan saya menawarkannya dengan harga yang tidak masuk akal iaitu RM50 sahaja.

Berita baik kepada anda yang mahu menjana pendapatan dengan menjual produk ini, tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk mencetak CD-ROM. Saya ada jalan penyelesaiannya. Saya menawarkan anda membeli produk ini dengan harga RM60.

Kemudian anda akan mendapat nombor keahlian minda jutawan. Anda menulis nombor keahlian tersebut pada borang yang terdapat di surat jualan. Setiap jualan yang berjaya dilakukan oleh anda (berpandukan nombor keahlian minda jutawan) anda akan dibayar komiseyen sehingga 5 rangkaian jualan seperti yang pernah dinyatakan dalam post terdahulu iaitu komisyen RM25 untuk jualan di peringkat pertama, RM10 untuk komesyen jualan diperingkat ke 2, dan masing-masing RM5 untuk komisyen jualan peringkat ke 3 hinggan ke 5

Cara ini lebih mudah untuk anda menghasilkan pendapatan tanpa perlu mencetak CD-ROM, Membungkus produk dan Menghantar Produk. Anda hanya goyang kaki menerima komisyen yang akan di bank in ke akaun bank anda pada minggu ke empat setiap bulan.

Cara untuk anda mendapatkan kesemua produk ini adalah dengan memberi maklum balas terhadap borang di bawah, ataupun dengan menghantar e-mail yang mengandungi nama penuh dan alamat kepada te82118@gmail.com

E-mail anda akan dibalas dengan kadar segera untuk memaklumkan cara untuk mendapatkan produk yang cukup bernilai ini.


Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.

Saturday, June 26, 2010

Buat duit internet.com

Salam satu Malaysia/salam minda jutawan kepada semua pembaca blog ini..

Pada pos kali ini saya ingin membincangkan sedikit tentang salah satu teknik minda jutawan dalam memperolehi pendapatan lumayan iaitu teknik buat duit dengan internet.

"Jalan paling cepat untuk anda menjadi jutawan Internet"

Itulah rahsia yang ingin dikongsikan oleh saudara Zack dalam e-book terbarunya Buat duit Internet. Sekiranya anda sedang tercari-cari satu peluang menjana pendapatan yang lumayan, mungkin inilah peluang terbaik untuk anda.. Untuk maklumat lanjut sila klik pada banner di bawah.

BuatDuitInternet.com


Menjana pendapatan melalui internet bukan sesuatu yang asing lagi dalam teknologi moden pada hari ini. Segala informasi berada di hujung jari.. Ramai yang telah mendapat keuntungan yang lumayan dengan menjana wang di internet. Terdapat beberapa nama-nama besar dalam industri perniagaan melalui internet yang perlu anda ketahui seperti Dr.Irfan Khairi, Jamaluddin Bahari, Fahmi aka Cide7, Raja Kamil, Suth, Yazid Yahaya, Zamri Mohamad, Azahar Abdul Rahman, dan ramai lagi usahawan internet yang telah berjaya. Namun begitu untuk anda benar-benar berjaya dalam perniagaan internet seperti nama-nama yang saya sebutkan di atas anda perlu mempelajari teknik perniagaan internet dengan betul. Tiada jalan pintas ke arah kejayaan tersebut. Kuncinya adalah belajar dan terus belajar dan memanfaatkan setiap ilmu yang dipelajari.

Ianya dapat diperumpamakan seperti pelajar yang ingin mengambil peperiksaan. Seorang pelajar memerlukan ilmu yang mencukupi sebelum berjuang di dewan peperiksaan. Sekiranya ilmu yang ditimba cukup-cukup makan, kebarangkalian untuk anda mendapat keputusan yang cemerlang adalah rendah. Begitu juga dengan orang yang hendak pergi berperang. Sebelum berperang anda perlu membuat persediaan yang mencukupi dengan teknik bela diri, teknik bertempur, senjata dan semangat kesetikawan. Tanpa itu semua adalah mustahil untuk anda memenangi peperangan tersebut melainkan dengan nasib.

Berbalik halnya dengan perniagaan melalui internet. Tanpa ilmu dan teknik yang betul anda masih boleh manjalankan perniagaan melalui internet. Persoalannya berapakah pendapatan yang mampu anda perolehi dalam masa sebulan? Adakah 2 angka, 3 angka , 4 angka atau lebih daripada itu?

Sekiranya jumlah pendapatan yang berjaya anda perolehi sebulan melebihi 4 angka saya ucapkan tahniah. Mungkin selepas ini anda boleh berkongsi dengan pembaca lain tentang teknik yang telah anda gunakan untuk memperolehi pendapatan tersebut. Tetapi sekiranya teknik yang anda gunakan sekarang tidak berjaya memperolehi pendapatan 4 angka sebulan, saya syorkan anda mempelajari teknik-teknik lain.

Dalam dunia ini tiada penyakit yang tidak boleh di rawat melainkan mati. Begitu juga dengan perniagaan internet. Perniagaan internet pada keseluruhannya boleh memberi pendapatan lumayan kepada kita semua. Cuma teknik yang anda gunakan samada serasi dengan diri anda atau terdapat teknik lain yang lebih serasi dengan diri anda. Jadi sahabat saya mempunyai sebuah teknik rahsia yang telah membantu beliau memperolehi pendapatan yang lumayan dengan internet. Untuk anda mengetahui teknik-teknik tersebut saya syorkan anda pergi ke laman web beliau dengan klik banner di bawah:


BuatDuitInternet.com


Dengan teknik yang dikongsikan oleh saudara Zack akan dapat membuka minda anda bagaimana untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah melalui internet dan memberi hasil yang lebih lumayan. Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di lain kali.. Sekiranya anda ada sebarang pandangan, rahsia, teknik atau idea untuk dikongsikan bagi memperolehi pendapatan lumayan anda boleh mengisi maklumat di borang di bawah. Maklumat yang anda kongsikan mungkin dapat membantu rakan-rakan pembaca yang lain untuk turut berpeluang memperolehi pendapatan yang lumayan..




Name:
Email Address:
Messege

Get your own free form like this one.

Monday, April 12, 2010

Modal RM 60 sebagai kunci untuk bergelar jutawan

Assalamualaikun dan Salam satu Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang terus setia membaca coretan demi coretan dalam blog Minda Jutawan ini. Tahniah diucapkan kepada anda yang sentiasa bersemangat untuk menerokai dunia peniagaan dan memburu gelaran jutawan.

Pada post sebelum ini saya telah membawakan kepada anda tentang "preview" sebuah buku yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini bahawa kebanyakan jutawan senyap bukanlah dari kalangan orang-orang yang dikenali, tidak glamor, dan tidak disedari kewujudannya oleh masyarakat sekitar seperti jiran tetangga. Kebanyakan mereka ini 'low profail' dan tidak suka menunjuk-nunjuk ini disebabkan mereka tahu betapa bernilainya wang dalam kehidupan mereka.

Golongan jutawan senyap ini begitu menghargai setiap wang yang diperolehi daripada setiap usaha yang telah mereka lakukan. Justeru itu kekayaan mereka biasanya tidak digambarkan pada keadaan fizikal yang penuh dengan kemewahan, sebaliknya kekayaan mereka hanya termatri di akaun-akaun simpanan dan aset-aset kepunyaan mereka. Jadi mungkin ada dikalangan rakan-rakan, jiran-jiran atau sanak saudara anda merupakan seorang Jutawan senyap. Tetapi anda tidak mengenali mereka disebabkan sifat "low profile" mereka.


  • Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang daripada mereka?
  • Berapa modal yang anda ada untuk membolehkan anda bergelar jutawan?
  • Berapa masa yang anda perlukan untuk menjadi seorang jutawan?

Dengan menyertai formula luar biasa anda akan dapat mencari jawapan soalan-soalan berikut. Untuk menyertai kelab formula Luar Biasa, sila klik ke pautan laman web berikut:

FormulaLuarBiasa.com(klik di tulisan)



Adakah anda tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menyertai Kelab Formula Luar Biasa?
Atau pun
Adakah anda terlalu sayangkan wang anda untuk membuat pelaburan dalam bidang perniagaan?

Jika itu masalah yang membelenggu minda anda untuk menyertai kami bagi menjana pendapatan, jadi saya syorkan anda menyertai satu lagi peluang perniagaan yang hebat. Kelebihan menyertai peluang perniagaan ini adalah seperti berikut:

  1. Modal hanya RM60 sekali seumur hidup
  2. Tidak perlu "maintain point" untuk membeli sebarang produk.
  3. Mendapat CD-ROM 39 Rahsia Menjana Wang RM 300 sehari di Rumah yang mengandungi pelbagai maklumat tentang peluang perniagaan, strategi pemasaran dan strategi pelaburan.
  4. Bonus 10 e-book tentang perniagaan internet yang boleh anda jual semula dan mendapat keuntungan 100%. Ianya turut dimuatkan dalam CD-ROM
  5. Bonus tambahan e-book terbaru berjudul 5 Strategi Minda Jutawan "Ke Arah Merealisasikan Impian Untuk Menjadi Jutawan.
  6. Bahan promosi yang dapat menarik minat pelanggan untuk menceburi perniagaan ini dan mendaftar di bawah rangkaian anda.
  7. Anda hanya perlu mempromosi perniagaan ini dengan bahan promosi yang disediakan. Urusan pembungkusan, penghantaran produk dan pembayaran komisyen akan dilakukan oleh pihak kami.
  8. Bagi memberi manfaat kepada orang ramai yang menyertai peluang perniagaan ini, anda akan diberi komisyen bagi setiap jualan yang dibuat di bawah rangkaian anda. Komiseyen diberikan sehingga peringkat ke 5:

Peringkat 1: Anda akan dibayar RM25 untuk setiap jualan

Peringkat 2: Anda akan dibayar RM10 untuk setiap jualan

Peringkat 3: Anda akan dibayar RM5 untuk setiap jualan

Peringkat 4: Anda akan dibayar RM5 untuk setiap jualan

Peringkat 5: Anda akan dibayar RM5 untuk setiap jualan.

Adakah anda akan bergelar jutawan dengan menyertai perniagaan ini?
Ya, sudah tentu..


Sambungan Jawapan 1:

Anda boleh menjadi jutawan dalam masa 6 bulan dengan membuat 10 jualan pada setiap 3 bulan dan setiap peringkat turut membuat 10 jualan.


Pendapatan pada jualan Peringkat 1: 10 x RM25 = RM 250
Pendapatan pada jualan Peringkat 2: 10x10xRM10 = RM 1000
Pendapatan pada jualan Peringkat 3: 10x10x10xRM5 = RM 5,000
Pendapatan pada jualan Peringkat 4: 10x10x10x10xRM5 = RM 50,000
Pendapatan pada jualan Peringkat 5: 10x10x10x10x10xRM5 = RM 500,000
JUMLAH PENDAPATAN RM 556,250 (3 bulan) x 2 = RM 1,112,500


Sambungan Jawapan 2:

Anda boleh menjadi jutawan dalam masa setahun dengan membuat 8 jualan sebulan dan setiap peringkat turut membuat 8 jualan.

Pendapatan pada jualan peringkat 1: 8xRM25 = RM 250
Pendapatan pada jualan peringkat 2: 8x8xRM10 = RM 640
Pendapatan pada jualan peringkat 3: 8x8x8xRM5 = RM 2560
Pendapatan pada jualan peringkat 4: 8x8x8x8xRM5 = RM 20,480
Pendapatan pada jualan peringkat 5: 8x8x8x8x8xRM5 = RM 163,840
JUMLAH PENDAPATAN RM 187,770 x 12 bulan = RM 2,253,240


Sambungan Jawapan 3:

Anda boleh mensasarkan berapa banyak pendapatan yang anda perlukan. Sekiranya anda berminat untuk menjadi jutawan lebih awal daripada 6 bulan, anda perlu melipat gandakan usaha anda lebih daripada contoh dalam "Sambungan Jawapan 1". Dan sekiranya anda mahu menjadi jutawan dalam tempoh 2 tahun anda hanya perlu mencari kurang daripada 8 prospek sebulan..

Bagaimana saya ingin mencari prospek?

Anda jangan susah hati untuk mencari prospek. Strategi pemasaran dan bahan promosi turut disedikan dalam CD-ROM yang disertakan. Anda perlu mengikuti dan mencuba setiap strategi pemasaran yang diberikan. Insya Allah, akaun bank anda akan "menyedut" duit pada setiap bulan.

Berapakah modal yang saya perlukan untuk menyertai peluang perniagaan ini?

Hanya RM 60, sekali seumur hidup. Tiada sebarang bayaran lagi dikenakan selepas itu. Semua kos penyediaan produk, pembungkusan, penghantaran dan pembayaran komisyen akan ditanggung oleh kami.


Jadi apa tunggu lagi. Sekiranya anda berminat untuk memperolehi maklumat lanjut tentang peluang perniagaan ini, lakukan tindakan berikut:-

e-mail nama penuh dan alamat anda kepada te82118@gmail.com


Dapatkan Bonus e-book 5 Strategi Minda Jutawan ini sekarang. E-book ini berharga RM 40 hanya diberikan sebagai bonus kepada pembeli CD-ROM 39 Rahsia Menjana Wang RM 300 sehari Di Rumah.

Apa yang menarik tentang E-Book ini?

  • Anda akan didedahkan tentang panduan asas Teknik pengurusan wang
  • Strategi menggandakan wang anda dengan kuasa masa
  • Strategi untuk terus kaya walaupun berhadapan dengan inflasi
  • Strategi Untuk meningkatkan pendapatan melalui simpanan, pelaburan dan perniagaan

Jadi bertindak sekarang. Untuk maklumat lanjut anda boleh e-mailkan nama penuh dan alamat kepada te82118@gmail.com

Friday, April 9, 2010

Jutawan Senyap

Salam satu Malaysia saya ucapkan kepada pembaca semua..

Diharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu menikmati percutian Sabtu dan Ahad (Bagi yang bercuti). Kepada yang tidak bercuti saya ucapkan selamat bekerja.

Pada kali ini saya ingin berkongsikan sedikit maklumat isi kandungan sebuah buku yang dapat memberi suntikan semangat kepada anda yang menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Juga kepada anda yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi menjana pendapatan pasif..

Buku yang ingin saya kongsikan ini berjudul "Menjejaki Jutawan Senyap" hasil karya Chef Li atau Dato' Dr. Rusly Abdullah (Ph.D).

Buku ini sesuai untuk memotivasikan kita dalam kehidupan seharian kita pada hari ini yang segala-galanya memerlukan wang. Dalam buku ini, Chef Li memberi inspirasi kepada insan biasa supaya mengejar kejayaan hidup dengan sabar dan mulakan kejayaan yang kecil kepada kejayaan yang lebih besar.

Siapa Jutawan Senyap?

Jutawan senyap yang di singkap oleh Chef Li adalah golongan insan yang sudah mencapai tahap jutawan, tetapi tidak dikenali, langsung tidak glamour, dan mungkin tidak dikenalpasti oleh masyarakat.

Jutawan senyap ini menjalankan perniagaan yang tidak sensasi seperti perniaga pasar malam, penjaja di lorong-lorong kecil, peniaga jalanan dan tidak dipandang orang. Sebahagian mereka buta huruf, tamat darjah enam, janda atau ibu tunggal. Tidakkah anda terfikir bagaimana mereka melakukannya?

Pertama sekali, Chef Li memperkenalkan anda kepada golongan misteri ini, kisah duka mereka dan bagaimana untuk mengenal mereka serta memahami konsep perniagaan yang betul. Dalam perniagaan kita perlu memastikan mendapat keuntungan seoptimum yang mungkin. Untuk memahami rahsia kejayaan sesuatu perniagaan anda perlu melihat dengan teliti dan membetulkan persepsi anda tentang perniagaan.


KISAH TELADAN UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT

Melalui kisah-kisah kejayaan mereka ini, kita dapat memahami perniagaan dari ertikata dan sikap yang betul. Sikap itu yang membawa perniagaan tersebut menjadi atau hancur. Chef Li memberi panduan bagaimana untuk memiliki semangat yang besar dan melupuskan rasa malu, rendah diri, dan takut gagal.

Barangkali masih ramai diantara kita yang mempunyai tanggapan kerja pasar malam, tanam sayur, bela ayam dan jual cendol tidak ada potensi dan masa depan. Pelajar-pelajar di universiti juga tidak terlepas dari pemikiran tersebut sebenarnya. Buktinya berapa ramai yang tamat pengajian dan menulis resume berbanding yang tamat pengajian dan menulis kertas kerja projek perniagaan? Tepuk dada tanya selera.

Jadi saya sangat-sangat mengesyorkan buku ini sebagai petunjuk jalan bagi anda yang sedang mencari haluan untuk memulakan perniagaan. Chef Li sendiri telah menyedari kewujudan golongan jutawan senyap ini semasa beliau bekerja sebagai pegawai bank dan bertemu ramai insan yang bergelar jutawan senyap.

Disebabkab itu, beliau telah memilih untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan pasar malam kerana ingin megubah masa depannya.

"Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang" - Chef Li

Petikan ini mengingatkan saya kepada kisah salah seorang jutawan senyap yang didedahkan dalam buku ini. Jutawan senyap tersebut bukan warganegara Malaysia. Beliau adalah pendatang dari Indonesia. Semasa berada di Kuala Lumpur Jutawan senyap ini memerhatikan gelagat setiap manusia yang lalu lalang di sekitar kota raya tersebut.

Beliau berasa kagum terhadap rakyat Malaysia yang kebanyakannya berduit. Jadi beliau terfikir bagaimana caranya untuk mendapatkan duit daripada rakyat Malaysia ini dengan menjual sesuatu yang murah tetapi disukai oleh ramai orang. Akhirnya beliau telah menjual sesuatu yang berharga RM1.00 di sekitar Kuala Lumpur.

Disebabkan perniagannya telah berkembang menyebabkan beliau berjaya menjadi jutawan. Bukan jutawan dalam nilai rupiah, tetapi jutawan dalam Ringgit Malaysia. Jika anda nak tahu apa yang beliau jual, saya syorkan anda mendapatkan buku ini di kedai-kedai berhampiran untuk mendapatkan jawapannya.

Perkara yang cuba saya samapikan daripada cerita pendatang dari Indonesia ini adalah tentang keadaan beliau yang datang ke Malaysia dengan menaiki kapal dan hidup sebatang kara di Malayisa. Tetapi dengan berkat kegigihan beliau berusaha dalam masa yang sama mendalami ilmu-ilmu perniagaan dan akhirnya menjadikan beliau berjaya. Orang Indonesia pun boleh jadi kaya bila datang ke Malaysia. Jadi betullah kata Chef Li "Anda patut menjadi Kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang."

Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk berniaga. Tidak semestinya anda perlu mencari rezeki setakat makan gaji. Anda tentu sedia maklum bahawa 9/10 dari pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Walaupun pada hari ini anda bekerja makan gaji dengan syarikat tempat anda bekerja, tetapi pendapatan yang anda perolehi setiap bulan berpunca daripada perniagaan yang dilakukan oleh syarikat tersebut.

Apa yang saya nak jual? Saya tak ada modal nak berniaga. Saya takut perniagaan saya rugi. Ini antara persoalan-persoalan atau bisikan-bisikan negatif yang berlegar-legar dalam minda semua orang yang baru mencari-cari peluang perniagaan. Jadi untuk membantu anda mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut, saya nasihatkan anda carilah ilmu tentang dunia perniagaan. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca.

Rakan saya saudara Mohd Nizam mungkin dapat membantu anda. Beliau mempunyai satu produk yang dapat membantu anda membuka minda untuk melihat peluang perniagaan dari sudut pandangan yang lebih berjaya. Produk yang saya maksudkan adalah "CD-ROM 39 Rahsia Buat Duit". Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan CD-ROM ini anda boleh memperolehinya dengan 2 cara iaitu:-

  1. Menjadi Ahli Kelab Formula Luar Biasa (Sila klik URL berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut) formulaluarbiasa.com
  2. atau e-mail nama dan alamat anda kepada te82118@gmail.com


Saturday, January 30, 2010

How To Be A Millionaire?


Just to share how you can be a millionaire..

1. Join a reality show "who wants to be a millionaire" and win the contest
2. Win a Lucky Draw contest
3. Legacy family property
4. Robber bank, shopping complex, millionaire house, gold storage and etc..

Just kidding.. You cannot be a millionaire just by using that ways.. Forget about all manners above.. It's not really suitable for everyone.. Here are some of the true ways to be a millionaire which are:-

1. Keep saving your money every month continuously
2. Invest your money (gold, house, land, active unit trust etc)
3. Join Multilevel Marketing (MLM) and sponsor downline continuously
4. Sell something by using these simple principle:

-Sell anything that costing RM0.10 to 10,000,000 customer
-Sell anything that costing RM1 to 1,000,000 customer
-Sell anything that costing RM10 to 100,000 cutomer
-Sell anything that costing RM100 to 10,000 customer
-Sell anything that costing RM1,000 to 1,000 customer
-Sell anything that costing RM10,000 to 100 customer
-Sell anything that costing RM100,000 to 10 customer
Or.....
-Sell anything that costing RM1,000,000 to only 1 customer...

Wow!!! The last method looks interesting... It's looks like very easy to be a milionare and it's not possible everyone can be a millionaire.. just selling something from RM0.10 to RM1,000,000...

So if you really want to be a milionare, you need to start right now. Think any product that you can sell and make you a millionaire. Somehow, you have to think...
-selling a low cost item to more people
or...
-selling a high cost item to least people...

Which one is look easy and simple for you? Hahaha.. You have to see this site (click here) and share some ideas and tips from successful milionaires...