Saturday, July 10, 2010

Keputusan Pemenang Peraduan Menulis Komen Terbaik Di Blog Minda Jutawan

Salam 1 Malaysia..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca blog ini yang sudi menjadi followers.. Walaupun bilangan followers blog ini semakin bertambah semasa peraduan menulis komen terbaik di blog minda jutawan berlangsung, namun begitu hanya ada dua orang sahaja yang sudi memberi komen. Terima kasih diucapkan kepada:

1) Saudara Rafiq
2) Saudara Mah@mahu

di atas kesudian menulis komen dalam peraduan ini.

Namun begitu, saya dan pihak juri lain tidak dapat untuk menilai komen yang diberikan disebabkan masing-masing memberi komen terlalu ringkas dan saya rasa tidak sesuai untuk dipilih sebagai pemenang dan seterusnya tidak sesuai juga untuk dipaparkan dalam blog ini.

Jadi tiada pemenang yang dipilih untuk peraduan yang berlangsung di minggu pertama (penyertaan sehingga 7 Julai 2010). Jadi wang pos RM10 pada minggu pertama akan di bawa ke minggu ke 2. Ini berita baik kepada bakal pemenang minggu ke 2. Anda akan berpeluang memenangi 2 wang pos bernilai RM10 (Jumlah wang pos RM20 untuk pemenang mingg ke 2).

Saya dan para juri berpendapat pembaca tidak tahu untuk menulis komen disebabkan tiada garis panduan yang lengkap untuk keriteria penulisan komen tersebut. Baiklah di sini saya tuliskan keriteria penulisan komen yang akan kami nilai:
  1. Komen yang asli hasil penulisan pembaca secara jujur
  2. Komen yang ditulis perlu melebihi 40 patah perkataan dan tidak melebihi 200 patah perkataan.
  3. Komen yang ditulis perlu berkisarkan tentang kewangan, jutawan, perniagaan internet, produk perniagaan internet, ulasan e-book dalam blog ini, pendapatan sampingan dan perkara-perkara lain dalam kategori ini.
  4. Komen yang ringkas, padat, bernas dan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog ini akan dipilih sebagai pemenang.

Saya rasa cukup setakat itu penerangan ringkas tentang keriteria pemilihan pemenang untuk Peraduan Menulis Komen Terbaik di blog ini.

Semalam saya menerima satu komen menarik daripada seorang rakan tentang blog minda jutawan. Beliau menyarankan saya supaya menjalankan perniagaan internat secara serius dengan memiliki laman web jualan sendiri.

Menurut beliau untuk membina laman web jualan pada hari ini tidak sesukar seperti beliau mula menceburi perniagaan internet. Ini kerana untuk membina laman web jualan pada hari ini semudah 123 sahaja. Ianya seperti kita membina blog sendiri dengan menggunakan Blogspot.com

Sistem ini dikenali sebagai MiniNiaga yang telah dibangunkan oleh team Flarebiz. Melalui sistem MiniNiaga ini, anda boleh membina laman web jualan untuk sebarang produk samada produk digital seperti e-book, software, game ataupun produk fizikal seperti tikar, buku, makanan, peralatan sukan, jam tangan, telefon bimbit dan sebagainya.

Kelebihan sistem ini

Dengan sistem ini anda boleh membina laman web tanpa perlu mempelajari kod HTML, PHP dan lain-lain yang pastinya memeningkan kepala anda. Kelebihan lain sistem MiniNiaga ini adalah seperti berikut:

  • Mempunyai sistem pengurusan tenpahan yang baik
  • Penempahan produk mengikut kehendak anda
  • Penerimaan bayaran melalui bank tempatan, Paypal & Kad Kredit
  • Sistem yang mesra Enjin Carian (SEO)
  • Rekabentuk minisite yang fleksible. Boleh ditukar pada bila-bila masa
  • Web editor untuk menulis surat jualan
  • Membuat sub-page baru dengan satu klik
  • Sistem pengurusan affiliate tersendiri
  • Download Page (untuk produk digital)
  • Penghasilan Invoice (bernombor) secara automatik dan boleh dirujuk kembali oleh anda dan pelanggan.

Jadi proses anda untuk menghasilkan laman web jualan telah dipermudahkan sehingga 80%. 20% lagi adalah usaha anda untuk memilih produk dan strategi memasarkan produk (menulis surat jualan). Jadi saya terfikir betul juga kata rakan saya tersebut. Saya begitu berminat untuk menggunakan sistem ini. Cuma buat masa ini saya sedang mengemaskini e-book saya supaya ianya lebih kemas dan kelihatan profesional sebelum ianya bersedia 100% untuk dijual kepada pelanggan dengan harga yang berbaloi dimiliki oleh pelanggan saya nanti.

Bagi anda yang berminat untuk menceburi perniagaan internet secara serius, saya syorkan anda menggunakan sistem MiniNiaga ini. untuk makluman lanjut tentang sistem ini anda boleh klik Di sini

Jadi mulai sekarang anda boleh memikirkan produk apa yang ingin anda jual di internet samada buku, kerepek, kek, kuih, tikar, perabut, survinior, jam tangan, kamera, komputer riba, produk MLM, e-book, software, CD-ROM, DVD ROM, Kain, Baju, Tudung, dan pelbagai jenis produk lain lagi yang boleh anda fikirkan.

Semoga kejayaan menanti anda sebagaimana kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh para Internet Marketing tempatan seperti Raja Kamil, Dr. Irfan Khairi, Yazid Yahaya, Jamaluddin Bahari, Smart Zul, Zamri Mohamad dan ramai lagi IM tempatan yang telah berjaya meraih pendapatan yang lumayan diinternet.



Name:
Email Address:
Messege

Get your own free form like this one.

No comments: