Monday, July 19, 2010

Keputusan Peraduan Menulis Komen Terbaik Di Blog Minda Jutawan Minggu ke 2

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Peraduan menulis komen di blog Minda Jutawan telah pun berlangsung selama 2 minggu. Tarikh tutup peraduan untuk Minggu ke 2 adalah pada 14 Julai 2010.. Saya memohon maaf sebab terlewat menulis post ini disebabkan saya terpaksa bekerja di luar kawasan yang menyebabkan saya terkejar-kejar menyiapkan kerja hakiki saya. (Blogger hanya kerja part time saya hehehe)..

Jadi bertemu kita buat kesekian kalinya pada post kali ini. Pada kesempatan ini saya berhasrat untuk mengumukan pemenang Peraduan menulis Post menarik bagi penyertaan minggu ke 2 iaitu penyertaan yang dihantar sehingga 14 Julai 2010.. Malangnya seperti juga pada minggu pertama, tiada pemenang bertuah yang terpilih untuk peraduan yang berlangsung pada minggu ke 2.

Walaubagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada 4 orang yang sudi menulis coretan di borang komen yang disediakan. Kesemua penulis komen hanya memberikan nama samaran sahaja. Penulis komen tersebut ialah:
  1. online49
  2. Me
  3. online2u
  4. sempoi

Malangnya saya tidak dapat menjejaki keempat-empat penulis komen ini disebabkan mereka tidak meninggalkan URL laman web mereka di akhir komen yang diberikan. Ops!! Bukan komen yang mereka berikan.. Disebabkan ianya terlalu ringkas. Contoh komen yang ditinggalkan adalah seperti berikut:

Your link was i add friend please cek and insert my link to..

Penulis yang meninggalkan komen ini tidak meletakkan url blog/laman web penulis. Jadi saya tidak dapat untuk menjejaki penulis ini. Jadi saya harap untuk peraduan yang berlangsung pada minggu yang selanjutnya saya memohon anda menulis URL laman web/blog anda di akhir komen yang ditulis.

Syarat-syarat lain untuk menyertai peraduan ini anda boleh baca di 2 post terakhir sebelum ini. Sebenarnya tidak sukar untuk menulis komen dalam 40 hingga 200 patah perkataan. Dengan syarat anda perlu banyak membaca. Disamping itu anda juga dikehendaki menulis 3 produk MRR yang menjadi pilihan anda. Penulisan ini sahaja boleh menyumbang sehingga 25 patah perkataan.

Berita Baik Pertama kepada semua Pembaca Blog Minda Jutawan

Hadiah mingguan untuk minggu pertama dan minggu ke 2 akan dibawa ke minggu ke 3. Jadi bakal pemenang minggu ke 3 akan berpeluang memenangi wang Pos RM30 disamping 3 produk MRR yang menjadi pilihan anda. Fuyooo.. Dengan erti kata lain anda berpeluang untuk mendapatkan ke tiga-tiga produk MRR yang menjadi pilihan anda..

Bagi saya ianya merupakan satu tawaran yang menarik terutamanya kepada para Blogger.. Kerana apa saya mengatakan sedemikian?

Berdasarkan lawatan saya ke blog-blog yang terdapat di Malaysia, semua blogger boleh menulis 1 post dalam seminggu. Kebanyakan post yang ditulis melebihi 50 patah perkataan. Mereka menulisnya sebagai hobi dengan penulisan berkisarkan niche area blog mereka. Tidak ada sebarang bayaran yang mereka terima hasil daripada penulisan mereka.

Tetapi terdapat sesuatu yang menarik menanti anda. Anda akan dibayar RM30 disamping memperolehi 3 produk MRR pilihan di blog ini sekiranya anda menulis komen mengikut syarat yang ditetapkan dan terlipih menjadi pemenang..

Jadi saya berharap anda tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Berita Baik Ke 2

Semakin ramai orang telah memiliki sistem MiniNiaga untuk mula menjalankan perniagaan secara online. Saya juga baru sahaja membeli sistem Mininiga ini semalam. Memang benar seperti yang diperkatakan oleh pakar-pakar perniagaan internet. Sistem mininiaga ini dapat membantu memudahkan kita membangunkan laman web perniagaan sendiri.

Sekiranya anda berminat untuk medapatkan sistem mininiaga ini anda boleh klik di sini
Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman atau kemahiran membangunkan laman web. Ini kerana terdapat panduan yang dibekalkan bersama untuk anda membangunkan laman web anda dari permulaan sehingga ianya selesai untuk digunakan.

Tawaran hebat daripada saya.

Sekiranya anda membeli sistem Mininiaga ini melalui Link saya, saya akan menghadiahkan anda 20 produk MRR. Anda bebas untuk memilih sendiri produk MRR tersebut(yang terdapat dalam blog ini) atau saya memberikan 20 produk MRR yang terbaik dalam koleksi saya (Termasuk 10 yang saya simpan untuk projek Mega saya).

Sekiranya anda berminat dengan tawaran saya, anda boleh membeli sistem Mininiaga melalui link ini.

http://digital.mininiaga.net/aff/?id=5419

20 Produk MRR yang bakal anda miliki dapat dijual semula di laman web anda nanti, atau boleh juga dijadikan sebagai bonus untuk produk yang anda jual di laman web anda.

Memberikan limpahan bonus produk MRR kepada pembeli produk anda merupakan strategi yang digunakan oleh para IM untuk melariskan produk yang mereka jual. Opps.. terbongkar pula rahsia kejayaan para IM yang mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit dengan menjadikan produk MRR sebagai strategi pemasaran mereka.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini, semoga informasi yang diberikan akan memberi manfaat kepada anda untuk merubah kehidupan anada di masa akan datang. Salam ceria-ceria selalu...

P/s: Kejayaan sentiasa menanti dihadapan setiap orang yang tidak mengenal erti putus asa dalam berusaha.

Sekian, terima kasih..


Name:
Email Address:
Messege

Get your own free form like this one.

Saturday, July 10, 2010

Keputusan Pemenang Peraduan Menulis Komen Terbaik Di Blog Minda Jutawan

Salam 1 Malaysia..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca blog ini yang sudi menjadi followers.. Walaupun bilangan followers blog ini semakin bertambah semasa peraduan menulis komen terbaik di blog minda jutawan berlangsung, namun begitu hanya ada dua orang sahaja yang sudi memberi komen. Terima kasih diucapkan kepada:

1) Saudara Rafiq
2) Saudara Mah@mahu

di atas kesudian menulis komen dalam peraduan ini.

Namun begitu, saya dan pihak juri lain tidak dapat untuk menilai komen yang diberikan disebabkan masing-masing memberi komen terlalu ringkas dan saya rasa tidak sesuai untuk dipilih sebagai pemenang dan seterusnya tidak sesuai juga untuk dipaparkan dalam blog ini.

Jadi tiada pemenang yang dipilih untuk peraduan yang berlangsung di minggu pertama (penyertaan sehingga 7 Julai 2010). Jadi wang pos RM10 pada minggu pertama akan di bawa ke minggu ke 2. Ini berita baik kepada bakal pemenang minggu ke 2. Anda akan berpeluang memenangi 2 wang pos bernilai RM10 (Jumlah wang pos RM20 untuk pemenang mingg ke 2).

Saya dan para juri berpendapat pembaca tidak tahu untuk menulis komen disebabkan tiada garis panduan yang lengkap untuk keriteria penulisan komen tersebut. Baiklah di sini saya tuliskan keriteria penulisan komen yang akan kami nilai:
  1. Komen yang asli hasil penulisan pembaca secara jujur
  2. Komen yang ditulis perlu melebihi 40 patah perkataan dan tidak melebihi 200 patah perkataan.
  3. Komen yang ditulis perlu berkisarkan tentang kewangan, jutawan, perniagaan internet, produk perniagaan internet, ulasan e-book dalam blog ini, pendapatan sampingan dan perkara-perkara lain dalam kategori ini.
  4. Komen yang ringkas, padat, bernas dan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog ini akan dipilih sebagai pemenang.

Saya rasa cukup setakat itu penerangan ringkas tentang keriteria pemilihan pemenang untuk Peraduan Menulis Komen Terbaik di blog ini.

Semalam saya menerima satu komen menarik daripada seorang rakan tentang blog minda jutawan. Beliau menyarankan saya supaya menjalankan perniagaan internat secara serius dengan memiliki laman web jualan sendiri.

Menurut beliau untuk membina laman web jualan pada hari ini tidak sesukar seperti beliau mula menceburi perniagaan internet. Ini kerana untuk membina laman web jualan pada hari ini semudah 123 sahaja. Ianya seperti kita membina blog sendiri dengan menggunakan Blogspot.com

Sistem ini dikenali sebagai MiniNiaga yang telah dibangunkan oleh team Flarebiz. Melalui sistem MiniNiaga ini, anda boleh membina laman web jualan untuk sebarang produk samada produk digital seperti e-book, software, game ataupun produk fizikal seperti tikar, buku, makanan, peralatan sukan, jam tangan, telefon bimbit dan sebagainya.

Kelebihan sistem ini

Dengan sistem ini anda boleh membina laman web tanpa perlu mempelajari kod HTML, PHP dan lain-lain yang pastinya memeningkan kepala anda. Kelebihan lain sistem MiniNiaga ini adalah seperti berikut:

  • Mempunyai sistem pengurusan tenpahan yang baik
  • Penempahan produk mengikut kehendak anda
  • Penerimaan bayaran melalui bank tempatan, Paypal & Kad Kredit
  • Sistem yang mesra Enjin Carian (SEO)
  • Rekabentuk minisite yang fleksible. Boleh ditukar pada bila-bila masa
  • Web editor untuk menulis surat jualan
  • Membuat sub-page baru dengan satu klik
  • Sistem pengurusan affiliate tersendiri
  • Download Page (untuk produk digital)
  • Penghasilan Invoice (bernombor) secara automatik dan boleh dirujuk kembali oleh anda dan pelanggan.

Jadi proses anda untuk menghasilkan laman web jualan telah dipermudahkan sehingga 80%. 20% lagi adalah usaha anda untuk memilih produk dan strategi memasarkan produk (menulis surat jualan). Jadi saya terfikir betul juga kata rakan saya tersebut. Saya begitu berminat untuk menggunakan sistem ini. Cuma buat masa ini saya sedang mengemaskini e-book saya supaya ianya lebih kemas dan kelihatan profesional sebelum ianya bersedia 100% untuk dijual kepada pelanggan dengan harga yang berbaloi dimiliki oleh pelanggan saya nanti.

Bagi anda yang berminat untuk menceburi perniagaan internet secara serius, saya syorkan anda menggunakan sistem MiniNiaga ini. untuk makluman lanjut tentang sistem ini anda boleh klik Di sini

Jadi mulai sekarang anda boleh memikirkan produk apa yang ingin anda jual di internet samada buku, kerepek, kek, kuih, tikar, perabut, survinior, jam tangan, kamera, komputer riba, produk MLM, e-book, software, CD-ROM, DVD ROM, Kain, Baju, Tudung, dan pelbagai jenis produk lain lagi yang boleh anda fikirkan.

Semoga kejayaan menanti anda sebagaimana kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh para Internet Marketing tempatan seperti Raja Kamil, Dr. Irfan Khairi, Yazid Yahaya, Jamaluddin Bahari, Smart Zul, Zamri Mohamad dan ramai lagi IM tempatan yang telah berjaya meraih pendapatan yang lumayan diinternet.



Name:
Email Address:
Messege

Get your own free form like this one.

Monday, July 5, 2010

Peraduan Menulis Komen Terbaik di Blog Minda Jutawan (2)

Salam satu Malaysia..

Kepada semua pembaca yang dihormati... Ada berita baik kepada pembaca semua..

Berita Baik 1
Atas permintaan isteri saya, hadiah misteri yang ditawarkan telah ditukar kepada wang pos.
Jadi untuk setiap hadiah misteri bernilai RM50, RM30, RM20 dan 9xRM10 akan ditukarkan kepada wang pos.. (Kiranya pemenang boleh pergi ke pejabat pos untuk cashkan wang tersebut.)

Peraduan menulis komen terbaik ini dibahagikan kepada 9 minggu..

Minggu pertama penyertaan yang diterima sehingga 7 Julai 2010 (esok)
Minggu ke 2 penyertaan yang diterima sehingga 14 Julai 2010
Minggu ke 3 penyertaan yang diterima sehingga 21 Julai 2010
Minggu ke 4 penyertaan yang diterima sehingga 28 Julai 2010
Minggu ke 5 penyertaan yang diterima sehingga 4 Ogos 2010
Minggu ke 6 penyertaan yang diterima sehingga 11 Ogos 2010
Minggu ke 7 penyertaan yang diterima sehingga 18 Ogos 2010
Minggu ke 8 penyertaan yang diterima sehingga 25 Ogos 2010
Minggu ke 9 penyertaan yang diterima sehingga 31 Ogos 2010..

Berita Baik 2
Sila tinggalkan url blog/laman web anda diakhir mesej anda. Saya akan mengunjungi blog anda dan mencari banner-banner menarik untuk dihiasi di blog ini. Banner-banner yang terpilih akan dinilai oleh isteri saya dan beberapa ahli panel yang lain. Seorang pemenang akan dipilih dan berpeluang memenangi wang pos RM20 + 1 produk MRR

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2010. Setiap pemenang akan dimaklumkan dalam blog ini dan e-mail makluman akan turut dihantar kepada semua pemenang.

Jadi rebutlah peluang keemasan ini. Kami mengalu-alukan penyertaan anda. Sekiranya penyertaan memberangsangkan kami akan menganjurkan pertandingan seumpama ini di lain kali dengan hadiah yang lebih lumayan..


Name:
Email Address:
Messege

Get your own free form like this one.

Friday, July 2, 2010

Peraduan Menulis Komen Terbaik di Blog Minda Jutawan

Sempena setengah tahun blog minda jutawan ini wujud dalam dunia "Internet Marketing", admin blog ini dengan sukacitanya menganjurkan Pertandingan Menulis Komen Terbaik di Blog ini. Semua pembaca-pembaca blog ini dialu-alukan untuk menyertai Peraduan ini dengan mengikuti syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan.

Syarat-syarat Penyertaan:

1) Menjadi Follower blog minda jutawan

2) Mengisi borang komen di bawah dengan memberi maklum balas terhadap mana-mana Post dalam blog ini.

3) Menulis perkataan ini pada akhir komen anda:-
Sekiranya saya dipilih menjadi pemenang peraduan ini, saya mahukan 3 hadiah berikut
a) Nama Produk Master Resell Right Pertama
b) Nama Produk Master Resell Right Ke 2
c) Nama Produk Master Resell Right ke 3

(Sila pilih mana-mana 3 Produk Master Resell Right (MRR) yang terdapat di sebelah kanan blog ini)

4) Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar 3 komen sahaja (3 penyertaan). Namun begitu setiap peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

5) Penyertaan peserta akan di batalkan sekiranya menulis komen-komen yang mengganggu sensitiviti bangsa, agama dan perkauman masyarakat berbilang bangsa di Malaysia

6) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2010

7) Pemenang akan dihubungi melalui e-mail

8) Komen yang memenangi pertandingan ini akan disiarkan dalam blog ini bersama URL
blog/laman web mereka

9) Terdapat 3 hadiah untuk tempat pertama hingga ke 3 dan 9 hadiah untuk pemenang mingguan.

10) Hadiah yang diberikan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Dan pihak penaja boleh menggantikan hadiah tersebut dengan wang tunai atau sebarang hadiah yang sama nilai dengan hadiah asal.

11)Keputusan pengadil adalah muktamad (Diharap semua orang bersetuju dengan keputusan pengadil nanti).


Pemilihan Pemenang:
1) Pemenang akan ditentukan berdasarkan komen terbaik, olahan ayat yang baik, bernas dan padat serta dapat memberi informasi yang berguna kepada semua pembaca blog ini.

Hadiah
Tempat pertama: Memenangi 3 Produk MRR yang dipilih + Hadiah Misteri bernilai RM50
Tempat Kedua : Memenangi 2/3 Produk MRR yang dipilih + Hadiah Misteri bernilai RM30
Tempat Ketiga: Memenangi 1/3 Produk MRR yang dipilih + Hadiah Misteri bernilai RM20
9 Pemenang mingguan akan memenangi 1/3 Produk MRR yang dipilih + Hadiah Misteri RM10

Nota: Hadiah Misteri akan dihantar melalui Pos

Sila taip Komen anda pada borang di bawah.

Name:
Email Address:
Messege

Get your own free form like this one.