Friday, April 9, 2010

Jutawan Senyap

Salam satu Malaysia saya ucapkan kepada pembaca semua..

Diharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu menikmati percutian Sabtu dan Ahad (Bagi yang bercuti). Kepada yang tidak bercuti saya ucapkan selamat bekerja.

Pada kali ini saya ingin berkongsikan sedikit maklumat isi kandungan sebuah buku yang dapat memberi suntikan semangat kepada anda yang menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Juga kepada anda yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi menjana pendapatan pasif..

Buku yang ingin saya kongsikan ini berjudul "Menjejaki Jutawan Senyap" hasil karya Chef Li atau Dato' Dr. Rusly Abdullah (Ph.D).

Buku ini sesuai untuk memotivasikan kita dalam kehidupan seharian kita pada hari ini yang segala-galanya memerlukan wang. Dalam buku ini, Chef Li memberi inspirasi kepada insan biasa supaya mengejar kejayaan hidup dengan sabar dan mulakan kejayaan yang kecil kepada kejayaan yang lebih besar.

Siapa Jutawan Senyap?

Jutawan senyap yang di singkap oleh Chef Li adalah golongan insan yang sudah mencapai tahap jutawan, tetapi tidak dikenali, langsung tidak glamour, dan mungkin tidak dikenalpasti oleh masyarakat.

Jutawan senyap ini menjalankan perniagaan yang tidak sensasi seperti perniaga pasar malam, penjaja di lorong-lorong kecil, peniaga jalanan dan tidak dipandang orang. Sebahagian mereka buta huruf, tamat darjah enam, janda atau ibu tunggal. Tidakkah anda terfikir bagaimana mereka melakukannya?

Pertama sekali, Chef Li memperkenalkan anda kepada golongan misteri ini, kisah duka mereka dan bagaimana untuk mengenal mereka serta memahami konsep perniagaan yang betul. Dalam perniagaan kita perlu memastikan mendapat keuntungan seoptimum yang mungkin. Untuk memahami rahsia kejayaan sesuatu perniagaan anda perlu melihat dengan teliti dan membetulkan persepsi anda tentang perniagaan.


KISAH TELADAN UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT

Melalui kisah-kisah kejayaan mereka ini, kita dapat memahami perniagaan dari ertikata dan sikap yang betul. Sikap itu yang membawa perniagaan tersebut menjadi atau hancur. Chef Li memberi panduan bagaimana untuk memiliki semangat yang besar dan melupuskan rasa malu, rendah diri, dan takut gagal.

Barangkali masih ramai diantara kita yang mempunyai tanggapan kerja pasar malam, tanam sayur, bela ayam dan jual cendol tidak ada potensi dan masa depan. Pelajar-pelajar di universiti juga tidak terlepas dari pemikiran tersebut sebenarnya. Buktinya berapa ramai yang tamat pengajian dan menulis resume berbanding yang tamat pengajian dan menulis kertas kerja projek perniagaan? Tepuk dada tanya selera.

Jadi saya sangat-sangat mengesyorkan buku ini sebagai petunjuk jalan bagi anda yang sedang mencari haluan untuk memulakan perniagaan. Chef Li sendiri telah menyedari kewujudan golongan jutawan senyap ini semasa beliau bekerja sebagai pegawai bank dan bertemu ramai insan yang bergelar jutawan senyap.

Disebabkab itu, beliau telah memilih untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan pasar malam kerana ingin megubah masa depannya.

"Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang" - Chef Li

Petikan ini mengingatkan saya kepada kisah salah seorang jutawan senyap yang didedahkan dalam buku ini. Jutawan senyap tersebut bukan warganegara Malaysia. Beliau adalah pendatang dari Indonesia. Semasa berada di Kuala Lumpur Jutawan senyap ini memerhatikan gelagat setiap manusia yang lalu lalang di sekitar kota raya tersebut.

Beliau berasa kagum terhadap rakyat Malaysia yang kebanyakannya berduit. Jadi beliau terfikir bagaimana caranya untuk mendapatkan duit daripada rakyat Malaysia ini dengan menjual sesuatu yang murah tetapi disukai oleh ramai orang. Akhirnya beliau telah menjual sesuatu yang berharga RM1.00 di sekitar Kuala Lumpur.

Disebabkan perniagannya telah berkembang menyebabkan beliau berjaya menjadi jutawan. Bukan jutawan dalam nilai rupiah, tetapi jutawan dalam Ringgit Malaysia. Jika anda nak tahu apa yang beliau jual, saya syorkan anda mendapatkan buku ini di kedai-kedai berhampiran untuk mendapatkan jawapannya.

Perkara yang cuba saya samapikan daripada cerita pendatang dari Indonesia ini adalah tentang keadaan beliau yang datang ke Malaysia dengan menaiki kapal dan hidup sebatang kara di Malayisa. Tetapi dengan berkat kegigihan beliau berusaha dalam masa yang sama mendalami ilmu-ilmu perniagaan dan akhirnya menjadikan beliau berjaya. Orang Indonesia pun boleh jadi kaya bila datang ke Malaysia. Jadi betullah kata Chef Li "Anda patut menjadi Kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang."

Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk berniaga. Tidak semestinya anda perlu mencari rezeki setakat makan gaji. Anda tentu sedia maklum bahawa 9/10 dari pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Walaupun pada hari ini anda bekerja makan gaji dengan syarikat tempat anda bekerja, tetapi pendapatan yang anda perolehi setiap bulan berpunca daripada perniagaan yang dilakukan oleh syarikat tersebut.

Apa yang saya nak jual? Saya tak ada modal nak berniaga. Saya takut perniagaan saya rugi. Ini antara persoalan-persoalan atau bisikan-bisikan negatif yang berlegar-legar dalam minda semua orang yang baru mencari-cari peluang perniagaan. Jadi untuk membantu anda mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut, saya nasihatkan anda carilah ilmu tentang dunia perniagaan. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca.

Rakan saya saudara Mohd Nizam mungkin dapat membantu anda. Beliau mempunyai satu produk yang dapat membantu anda membuka minda untuk melihat peluang perniagaan dari sudut pandangan yang lebih berjaya. Produk yang saya maksudkan adalah "CD-ROM 39 Rahsia Buat Duit". Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan CD-ROM ini anda boleh memperolehinya dengan 2 cara iaitu:-

  1. Menjadi Ahli Kelab Formula Luar Biasa (Sila klik URL berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut) formulaluarbiasa.com
  2. atau e-mail nama dan alamat anda kepada te82118@gmail.com


No comments: