Friday, April 2, 2010

Sistem Perniagaan Internet Tumbuh Bagai Cendawan. Mana satu nak join?

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini.

Pada hari ini jika kita lihat berlaku perkembangan sihat dalam perniagaan internet. Ramai di kalangan kita warga negara Malaysia telah terbuka mindanya untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet untuk mencari pendapatan secara sampingan atau pun menjadikannya sebagai pekerjaan sepenuh masa.

Suatu ketika dahulu pernah dipersoalkan Halal atau Haram pendapatan yang diperolehi melalui perniagaan internet ini?

Persoalan ini juga pernah berlegar-legar di minda saya semasa baru mula hendak mengenali perniagaan internet. Lagi pula suatu masa dahulu ada banyak skim cepat kaya dalam perniagaan internet. Dan kebanyakan pengasas skim ini telah menutup skim perniagaan mereka dan menyebabkan ramai di kalangan peserta mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit.

Jadi pada paparan kali ini saya akan mengupas sedikit sistem perniagaan internet ini untuk anda lebih mengenali soal halal haram sesuatu perniagaan.

Sebenarnya perniagaan internet sama konsep dengan perniagaan di luar "internet". Setiap perniagaan memerlukan konsep beli dan jual. Setiap perniagaan perlu ada barang/produk untuk dijual dan ada pembeli.

Sekiranya anda menyertai perniagaan internet tanpa mempunyai produk dalam urusan jual belinya, saya serahkan anda untuk berfikir samada ianya suatu perniagaan atau bukan?

Skim cepat kaya bukan suatu perniagaan internet. Ini kerana ianya tiada produk untuk dijual. Kita menyertai skim tersebut semata-mata untuk mendapat keuntungan dengan pelaburan yang kita laburkan. Sekiranya syarikat tersebut menutup perniagaan mereka anda akan mengalami kerugian dan anda tiada "tools/produk" untuk terus menjana pendapatan daripada bahan peninggalan syarikat tersebut.

Jadi perbezaan perniagaan dan skim cepat kaya samada dalam talian internat atau di luar talian internet sama sahaja. Sekiranya anda masih ingat lagi tentang Skim Pak Man Telo yang pernah popular suatu ketika dahulu. Skim Pak Man Telo bukan suatu perniagaan. Ini kerana ianya tiada produk dalam urusan jual belinya. Pelabur hanya memberi kepada Pak Man Telo wang dan mereka dijanjikan bahawa wang tersebut akan berganda pada setiap hari, minggu atau bulan.

Apabila Skim Pak Man Telo ini ditutup ramai pelabur yang telah menepuk dahi. Jadi konsep Skim Cepat Kaya Pak Man Telo ini juga sama dengan Konsep Pelaburan haram di internet.
Jadi saya harap dengan sedikit penjelasan ini saya harap anda sudah dapat memahami perbezaan diantara perniagaan internet dan Skim Cepat Kaya di Internet.

Banyak sangat Perniagaan Internet, mana satu nak Join?

Untuk anda menyertai sesuatu perniagaan internet saya nasihatkan anda supaya membuat analisis terhadapat beberapa perniagaan internet. Saya telah menyertai banyak jenis perniagaan internet tanpa membuat sebarang analisis. Dan saya telah mengalami kerugian hampir RM1000.

Jadi saya harap anda tidak mengikuti jejak langkah saya. Sebelum anda menyertai perniagaan internet anda perlu mencari jawapan terhadap soalan-soalan berikut:-


  1. Adakah perniagaan ini mempunyai produk untuk dijual?
  2. Adakah kita perlu mengeluarkan modal secara berkala untuk maintain point bagi menerima bonus?
  3. Adakah produk yang dijual memberi manfaat kepada anda?
  4. Adakah produk yang dijual dapat memberi manfaat kepada orang lain?
  5. Adakah anda ikhlas untuk menggunakan produk yang diberikan?
  6. Adakah perniagaan tersebut mempunyai sistem untuk membantu anda memasarkan produk?
  7. Adakah pihak pengasas produk ada memberi bimbingan untuk memasarkan produk?
  8. Adakah perniagaan ini menuntut anda meluangkan masa lebih dari masa yang sepatutnya anda luangkan (sepatutnya anda hanya meluangkan masa selama 1-2 jam sahaja sehari untuk segala-gala aktiviti termasuk kursus/bimbingan, perjalanan, promosi dan tak perlu lebih dari itu)
  9. Adakah anda boleh terus menjana pendapatan sekiranya pengasas perniagaan ini menutup perniagaan mereka secara serta merta?

Saya rasa cukup setakat itu soalan yang dapat saya utarakan berdasarkan pengalaman saya dalam menceburi perniagaan internet. Setakat ini saya telah menceburi 15 perniagaan internet. Daripada 15 perniagaan tersebut saya hanya memberi fokus kepada 3 perniagaan sahaja. Daripada 3 perniagaan tersebut sekarang ni saya hanya fokus kepada satu perniagaan sahaja disebabkan perniagaan ini memudahkan "banyak" kepada saya kerana:

  • Mempunyai produk yang hebat untuk dijual. Bukan satu produk malahan berpuluh produk dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Tak perlu maintain point setiap bulan. Maintain point ni adakalanya merugikan kita. Sekiranya kita gagal mendapat komisyen pada sesuatu bulan. Disamping itu ianya juga akan menyusahkan downline kita yang tidak berjaya menjana pendapatan. (Ingat! Tak semua orang bernasib baik yang Join jer boleh terus dapat duit)
  • Produk yang dijual memberi manfaat kepada saya. Puluhan e-book tersebut mempunyai informasi tentang lebih daripada 40 cara buat duit, cara-cara mengurus duit, cara-cara melaburkan wang dan menggandakan hasil pelaburan, maklumat-maklumat perniagaan internet, laman web replika, hak penjulan semula puluhan e-book berserta surat jualan dan templete laman web, laman web jualan, sistem aoutoresponder, Koleksi rahsia kejayaan jutawan, video perkongsian kejayaan jutawan, dan banyak lagi produk dan bonus diberikan.
  • Produk yang dijual banyak memberi manfaat kepada orang lain terutamanya yang baru bekerja supaya anda boleh merancang kewangan anda dengan betul untuk simpanan, pinjaman dan pelaburan. Bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet pelbagai teknik atau strategi pemasaran internet disediakan. Bagi seorang usahawan didedahkan 39 rahsia buat duit (Setakat ini saya baru menggunakan 4 daripada 39 rahsia tersebut). Dan yang menariknya kebanyakan produk yang disediakan dapat dijual semula.
  • Saya ikhlas untuk menggunakan produk yang diberikan. Ini kerana sebelum ini saya tidak pandai mengurus wang gaji, tidak pandai nak buat pelaburan, tak pandai merancang kewangan, tak pandai tentang dunia perniagaan dan keusahwanan, tak tahu cara dan kaedah pemasaran dalam perniagaan internet. Tapi Alhamdulillah, setelah membaca satu-persatu produk yang saya beli, banyak perkara telah saya pelajari disamping menjana pendapatan
  • Pernaigaan ini di bantu oleh sistem affiliate untuk kita menyemak statistik jualan, banner, sismtem auto responder untuk follow up prospek. Laman web replika dan surat jualan untuk memasarkan kembali produk-produk di internet. Langkah demi langkah untuk memasarkan perniagaan samada di internet atau tanpa internet.
  • Bimbingan oleh para jutawan dengan teknik pemasaran masing-masing. Sungguh mudah. Hanya ikut sahaja teknik yang diberikan dan anda hanya perlu bekerja 7 jam seminggu atau satu jam sehari.
  • Sekiranya Saudara Nizam menutup sistem perniagaan ini saya boleh menjual puluhan ebook antarabangsa samada dengan menggunakan domain sendiri untuk setiap ebook atau memasarkan ebook tersebut dalam laman web jualan seperti Lelong.Com, Ebay, Click bank, dan sebagainya.
  • Disamping itu sekiranya anda berminat untuk membeli 2 produk terhebat iaitu:-

- CD-ROM 39 rahsia buat duit

- Rahsia Menjana RM750 sehari di Rumah

* Saya akan menjualkannya dengan harga diskaun kepada anda. Sekiranya berminat email nama dan alamat kepada te82118@gmail.com

- Kedua-dua produk ini merupakan produk yang paling hangat dipasaran. Dengan menjadi Ahli Kelab Formula Luar Biasa anda boleh mencetak seberapa banyak yang anda mahu dan jual semula. Keuntungan 100% menjadi milik anda.

Tetapi sekiranya anda ingin membeli keseluruhan formula luar biasa anda boleh klik pada pautan di bawah:

Formula Luar Biasa (klik di sini)

Jadi secara kesimpulannya anda perlu berhati-hati sebelum menyertai mana-mana Sistem Perniagaan Internet. Setiap sistem perniagaan internet mempunyai kelebihan yang tersendiri. Cuma nasihat saya pastikan sistem perniagaan internet yang anda ceburi memberi banyak manfaat kepada diri anda disamping mampu memberi pendapatan sampingan yang lumayan.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini, semoga kita sama-sama berjaya dalam perniagaan yang kita ceburi dan berjaya mendapat hasil seperti yang diharapkan.



No comments: