Sunday, February 21, 2010

Formula 70/30 menjana kekayaan

Salam satu Malaysia..

Diharap anda semua berada dalam keadaan yang sihat tanpa kekangan kewangan. Jika anda menghadapi masalah kewangan pada masa ini, anda perlu bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut..

Kali ini saya ingin berkongsi satu Formula untuk menjana kekayaan yang dikongsikan oleh pakar-pakar kewangan iaitu formula 70/30..

Formula 70/30 merupakan teknik menjana kekeayaan dengan membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian iaitu:-
  • 70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan membeli belah
  • 30% digunakan untuk menjana kekayaan..

Anda perlu mendisiplinkan diri untuk menggunakan formula tersebut. Sekiranya 70% yang digunakan untuk perbelanjaan hidup selama sebulan tidak mencukupi, anda perlu mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realsitik.

Sebagai contoh jika gaji anda RM2000 sebulan, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut. Baki RM600(30%) anda gunakan untuk menjana kekayaan!

10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma. Ingat rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan.. Itu sebab dalam Islam, kita perlu membayar zakat dalam menyucikan harta yang kita perolehi hasil penat lelah kita bekerja..

10% kedua (RM200) anda gunakan untuk perniagaan. Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi berkursus, membeli buku/bahan bacaan, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan. Ingat! kita boleh mengejar matlamat yang kita impikan dengan memperolehi ilmu untuk mencapai matlamat tersebut.

10% ketuga (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus RM200 setahun, simpanan anda bakal mencecah:-
  • RM175,000 (selama 20 tahun)
  • RM525,000 (selama 30 tahun)
  • RM1.4 juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik ini untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut teknik ini walau betapa hebat sekalipun formula ini. Sebab itu tidak ramai yang menjadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun telah berpencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan. Ini kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demai masa hadapan.

Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, saya sarankan kepada anda untuk mengikuti formula 70/30 pada hari ini. Mulakan penjimatan hari ini juga untuk mulakan simpanan anda.

No comments: