Monday, February 8, 2010

Menjadi Datuk Jutawan dalam tempoh 30 Tahun

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Paparan pada kali ini, adalah mengenai perkongsian ilmu untuk semua pembaca yang berhak untuk menjadi jutawan pada suatu hari nanti..

Semua orang boleh menjadi Jutawan.. Dan semua orang sepatutnya perlu mempunyai RM 1 juta sebelum berpencen atau berhenti berkerja supaya anda boleh hidup dalam keadaan selesa setelah penat bekerja dalam tempoh 20 sehingga 40 tahun..

Setelah berpencen anda sepatutnya tidak perlu berfikir tentang kerja.. Anda tidak perlu berfikir bagaimana cara untuk mencari wang untuk menyara keluarga, anak-anak dan cucu-cicit setelah bersara.. Sebaliknya, jika anda perlu berfikir tentang urusan kerja sekalipun anda hanya perlu bertanyakan kepada pekerja bawahan anda (Jadi bos lah tu)...

Masa yang ada semasa berpencen sepatutnya anda gunakan untuk bersama keluarga, melayan cucu-cicit dan bagi yang beragama islam, anda dapat memanfaatkan masa tersebut untuk perbanyakkan amal ibadah sebelum tiba masanya kita meninggalkan dunia yang fana ini..

Tetapi untuk menjadi jutawan semasa berpencen bukanlah sesuatu yang mudah.. Anda perlu mendisiplinkan diri dalam mengurus kewangan. Anda perlu mempunyai simpanan berkala sekurang-kurangnya RM 500 secara berterusan pada setiap bulan dalam akaun/saham/bank yang dapat memberi pulangan/dividen 10% setahun. Mari kita sama-sama lihat jadual dibawah
Jadual : Jutawan dalam masa 30 Tahun dengan simpanan RM500.00 sebulan

Jadi anda perlu bertindak dari sekarang untuk menjadi "Datuk" Jutawan pada 30 tahun akan datang. Anda tidak perlu menjadi ahli perniagaan yang mendapat pangkat Datuk dari mana-mana Sultan atau yang DiPertuan Agong untuk menjadi jutawan.. Cukuplah anda menjadi Datuk kurniaan daripada yang maha esa setelah mendapat cucu.. Tapi perkara yang paling penting anda mampu menjadi jutawan pada masa tersebut dengan membuat simpanan sekurang-kurangnya RM500 sebulan..

Anda masih belum terlambat untuk bertindak dari sekarang. Sekiranya anda berumur 25 tahun, anda akan menjadi jutawan dalam umur 55 tahun. Sekiranya anda berumur 30 tahun, anda akan menjadi jutawan dalam umur 60 tahun dan sebagainya..

Bagaimana untuk saya menyimpan sekurang-kurangnya RM500 sebulan?
  1. Anda perlu mencari pendapatan sampingan yang boleh memberi pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan
  2. Anda perlu menyemak balik perbelanjaan bulanan anda, dan kenal pasti yang mana perbelanjaan untuk memenuhi keperluan dan yang mana satu perbelanjaan untuk memenuhi kehendak. Teruskan dengan perbelanjaan untuk memenuhi keperluan dan elakkan/kurangkan perbelanjaan untuk memenuhi kehendak
  3. Anda perlu merancang kewangan anda dengan lebih baik.. Dapatkan beberapa buku pengurusan kewangan dari mentor Jutawan terkenal Azizi Ali untuk membantu anda (Klik di Sini)

Apakah pelaburan yang boleh saya sertai dengan mendapat pulangan secara konsisten iaitu sekurang-kurangnya 10% setahun?

Anda perlu mempelbagaikan bidang pelaburan anda dengan syarat nilai keseluruhannya konsisten setiap bulan iaitu sebanyak RM500.00..

  1. Pelaburan yang pertama sudah pastinya ASB. Namun begitu ASB tidak dapat memberi pulangan yang konsisten sebanyak 10%setiap tahun. Malahan nilai pulangan telah menyusut dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini. Lagipun pelaburan dalam ASB hanya boleh dilakukan maksimum sebanyak RM200,000.00. Jadi saya cadangkan anda melabur dalam ASB sebanyak RM100-RM200 sebulan
  2. Pelaburan emas. Pelaburan emas merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan. Harga emas telah naik sebanyak 250% bagi 5 tahun kebelakangan ini. Secara puratanya kenaikan emas melebihi 12% pada setiap tahun sejak 7 tahun yang lepas. Namun begitu pasaran emas merupakan pasaran yang sangat aktif. Harga emas segram akan sentiasa berubah ada kalanya mengikut hari, minggu dan bulan.. Contohnya harga emas pada hari Isnin 8 Februari 2010 telah menyusut sebanyak 0.31 ringgit/gram menyebabkan harganya jatuh menjadi RM118.30/gram. Jadi untuk mendapatkan keuntungan maksimum melabur dengan emas anda perlu mempunyai ilmu berkaitan dengan pelaburan emas. Dapatkan maklumat berkaitan pelaburan emas (Klik Disini) supaya anda boleh menjadi "Datuk" Jutawan lebih awal dari tempoh 30 tahun.
  3. Melabur dalam pasaran saham aktif seperti yang tertera dalam Bursa Saham. Tetapi anda sentiasa perlu menyemak pasaran saham dan mampu buat keputusan yang bijak dengan serta merta.. Sekiranya keputusan yang anda buat kurang bijak akan menyebabkan anda menanggung kerugian.. Tetapi jika sebaliknya anda akan lebih cepat menjadi "Datuk" Jutawan daripada 2 pelaburan yang saya cadangkan sebelum ini.

Cukuplah setakat hari ini perkongsian dari Minda Jutawan kepada anda yang bakal menjadi "Datuk" Jutawan.. Diharapkan dengan perkongsian ini akan membuka minda anda bahawa jutawan bukan hanya datang dari kalangan orang-orang koporat sahaja seperti Datok, Tan Sri, YB, tetapi ianya juga boleh datang dari kebanyakan setiap manusia yang bernafas di muka bumi ini..

Diharapkan anda dapat terus membaca blog ini untuk mengikuti kisah-kisah kejayaan jutawan dan Tips kewangan jutawan.. Jumpa lagi di lain masa.. Sekian, terima kasih..

Tinggalkan Komen anda di sini







Name:




Email Address:




Messege




Get your own free form like this one.

No comments: