Tuesday, February 2, 2010

Kisah Jutawan 2 : Joanne Rowling

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca.. Kisah jutawan yang akan saya paparkan pada hari ini merupakan seorang penulis tersohor iaitu Joanne Rowling..

Joanne Rowling merupakan seorang Janda yang hidup dalam kesempitan dan tinggal bersama anak perempuannya Jessica di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh.


Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau untuk menulis satu novel mistik atau khayalan. Pada ketika itu beliau berumur 29 tahun dan risiko yang bakal beliau hadapi ialah jika buku yang bakal beliau tulis ditolak oleh penerbit!

Namun begitu ianya tidak sedikitpun mematahkan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari. Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan, berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Begitulah rutin harian Joanne untuk menjadi seorang penulis dalam masa yang sama menjadi ibu tunggal kepada seorang anak perempuan.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah iaitu tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau. Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Setelah skrip buku beliau siap, beliau mencari dua agen penerbitan buku dan mengeposkan skrip buku tersebut kepada mereka. Hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang daripada mereka bersetuju untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas. Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi. Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi ramai orang dewasa yang turut meminatinya.



Idea Jutawan :

Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar, bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan menjadi seorang hero.



Modal permulaan :

Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)



Bagaimana idea digerakkan :

Melalui agen. Dua syarikat penerbit buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.



Jualan : Seluruh dunia.



Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih 38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.



Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.



Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.



Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah mencecah $100 juta pound.



Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)



Sekarang anda semua telah mengetahui kisah bagaimana seorang janda yang memperjuangkan nasibnya dengan menulis kisah mitos dan akhirnya menjadi jutawan..


Konsep yang diamalkan adalah dengan menghasilkan buku yang boleh dijual pada harga yang mampu dimiliki oleh ramai orang dan berjaya menjual buku-buku tersebut kepada lebih daripada sejuta orang.

Ini sebenarnya konsep jutawan yang paling mudah dan semua orang berpotensi untuk menjadi jutawan dengan menggunakan konsep ini.. Adakah anda sudah mempunyai idea untuk menjadikan diri anda seorang jutawan? Sekiranya anda sudah mempunyai idea tersebut, sila laksanakan usaha pertama anda.. Jangan bertangguh lagi..

Sekiranya anda masih kabur dan belum mempunyai sebarang idea untuk menjadi jutawan, sila teruskan membaca blog ini.. Pelbagai kisah jutawan akan saya paparkan dari semasa ke semasa.. Semoga dengan salah satu kisah yang saya kongsikan bersama anda akan membuka minda anda untuk berusaha menjadi seorang jutawan..

Sekian, terima kasih.. jumpa lagi di lain masa.. Don't Worry, Be Happy..

No comments: