Tuesday, February 2, 2010

Kisah Jutawan 1: Walter Eliot Disney

Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada semua pembaca yang sangat saya hormati..


Kisah jutawan pertama yang akan saya kongsikan dengan pembaca semua adalah lagenda komik tersohor yang dikenali di seluruh dunia iaitu Walter Eliot Disney.. Kenalkah anda dengan beliau yang saya maksudkan?


Bagaimanakah pula dengan Walt Disney, Mickey Mouse, Minnie Mouse dan lain-lain watak yang berkaitan dengannya.. Tentu anda kenal bukan.. Ternyata watak-watak animasi tersebut tidak asing lagi bagi semua penduduk di muka bumi ini tanpa mengira usia dan latar belakang kehidupan..


Walter Eliot Disney, atau lebih dikenali sebagai Walt Disney lahir pada 1901. Beliau merupakan seorang anak petani miskin dan telah mencapai kejayaan sebagai prosedur filem, pengarah filem, penulis skrip, pelakon suara, pereka animasi, ahli perniagaan, penghibur, ikon antarabangsa dan dermawan yang disegani..


Beliau merupakan pencipta Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck, Goofy Goof dan watak-watak Disney yang lain.


Kejayaan kerjaya beliau bermula sekitar tahun 1927 iaitu sewaktu mula-mula memperkenalkan watak Mickey Mouse sebagai sebuah ikon "comic" dalam karya pertamanya berjudul "Mickey Mouse In Steamboat Willie".


Walaupun pada ketika itu ilustrasi Mickey Mouse yang dihasilkan tidak secantik yang anda lihat sekarang, tetapi ianya begitu diminati oleh orang ramai khususnya kanak-kanak pada zaman tersebut.


Kemudian pada tahun 1940, Mickey Mouse muncul dengan penampilan baru yang kelihatan lebih moden dan menarik. Sehingga ke hari ini Mickey Mouse dan rakan-rakan menjadi Ikon kartun yang cukup diminati di seluruh dunia..


Keuntungan tahunan yang dicapai Oleh Walt Disney Company pada hari ini mencecah sebanyak $35 billion dolar US.


Wow! satu pendapatan yang begitu lumayan.. Adakah pendapatan ini akan terhenti setelah Walt Disney meninggal Dunia?

Untuk makluman anda semua Walt Disney telah pun meninggal dunia pada 15 Disember 1966 akibat kanser paru-paru.. Tetapi sehingga kini siri-siri komik keluaran Walt Disney masih terus dipaparkan di media-media dan diminati ramai.. Selagi komik-komik tersebut terus diminati oleh seluruh penduduk dunia, selagi itu pendapatan akan terus mengalir ke syarikat Walt Disney.. Manarik bukan..


Idea Jutawan


Menghasilkan satu Ikon dalam bentuk animasi.. Ikon tersebut menjadi satu jenama (Brand) yang dikenali di serata dunia. Bagi anda yang mempunyai kreativiti atau kemahiran dalam bidang grafik, artistik atau animasi anda boleh jadikan Walt Disney sebagai satu contoh untuk terus maju dalam bidang ini sehingga menjadi seorang jutawan.

Ikon/Jenama sangat penting dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh kita lihat pelbagai perniagaan yang berjaya seperti KFC, PIZZA, HONDA, BMW, NIKE, ADIDAS, dan lain-lain..

Semua syarikat yang saya sebutkan di atas menjual jenama untuk memperolehi keuntungan.. Dengan ikon yang dicipta membuatkan perniagaan syarikat-syarikat tersebut dikenali di seluruh dunia..

Jadi, langkah jutawan pertama yang perlu anda lakukan adalah mencipta ikon yang boleh menarik perhatian orang ramai.. Promosi habis-habisan ikon anda.. Dalam masa yang sama pastikan anda memberi servis/perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan anda..

Insya-Allah anda juga boleh menempa kejayaan seperti Walt Disney..

Sekian perkongsian kisah jutawan yang pertama.. Semoga kisah-kisah jutawan yang akan saya kongsikan kepada anda akan memberi idea atau suntikan semangat kepada anda untuk memulakan sesuatu bidang perniagaan dan berjaya menjadi salah seorang jutawan di Malaysia.. Ikutilah kisah-kisah jutawan dalam Post yang akan datang.. Sekian terima kasih..

No comments: