




Successful Millionaire Stories Collection





Anda perlu mendisiplinkan diri untuk menggunakan formula tersebut. Sekiranya 70% yang digunakan untuk perbelanjaan hidup selama sebulan tidak mencukupi, anda perlu mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realsitik.
Sebagai contoh jika gaji anda RM2000 sebulan, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut. Baki RM600(30%) anda gunakan untuk menjana kekayaan!
10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma. Ingat rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan.. Itu sebab dalam Islam, kita perlu membayar zakat dalam menyucikan harta yang kita perolehi hasil penat lelah kita bekerja..Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik ini untuk masa depan anda.
Tetapi tidak semua orang akan ikut teknik ini walau betapa hebat sekalipun formula ini. Sebab itu tidak ramai yang menjadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun telah berpencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan. Ini kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demai masa hadapan.
Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, saya sarankan kepada anda untuk mengikuti formula 70/30 pada hari ini. Mulakan penjimatan hari ini juga untuk mulakan simpanan anda.

Apakah pelaburan yang boleh saya sertai dengan mendapat pulangan secara konsisten iaitu sekurang-kurangnya 10% setahun?
Anda perlu mempelbagaikan bidang pelaburan anda dengan syarat nilai keseluruhannya konsisten setiap bulan iaitu sebanyak RM500.00..
Cukuplah setakat hari ini perkongsian dari Minda Jutawan kepada anda yang bakal menjadi "Datuk" Jutawan.. Diharapkan dengan perkongsian ini akan membuka minda anda bahawa jutawan bukan hanya datang dari kalangan orang-orang koporat sahaja seperti Datok, Tan Sri, YB, tetapi ianya juga boleh datang dari kebanyakan setiap manusia yang bernafas di muka bumi ini..
Diharapkan anda dapat terus membaca blog ini untuk mengikuti kisah-kisah kejayaan jutawan dan Tips kewangan jutawan.. Jumpa lagi di lain masa.. Sekian, terima kasih..