Sunday, February 21, 2010

Formula 70/30 menjana kekayaan

Salam satu Malaysia..

Diharap anda semua berada dalam keadaan yang sihat tanpa kekangan kewangan. Jika anda menghadapi masalah kewangan pada masa ini, anda perlu bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut..

Kali ini saya ingin berkongsi satu Formula untuk menjana kekayaan yang dikongsikan oleh pakar-pakar kewangan iaitu formula 70/30..

Formula 70/30 merupakan teknik menjana kekeayaan dengan membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian iaitu:-
  • 70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan membeli belah
  • 30% digunakan untuk menjana kekayaan..

Anda perlu mendisiplinkan diri untuk menggunakan formula tersebut. Sekiranya 70% yang digunakan untuk perbelanjaan hidup selama sebulan tidak mencukupi, anda perlu mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realsitik.

Sebagai contoh jika gaji anda RM2000 sebulan, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut. Baki RM600(30%) anda gunakan untuk menjana kekayaan!

10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma. Ingat rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan.. Itu sebab dalam Islam, kita perlu membayar zakat dalam menyucikan harta yang kita perolehi hasil penat lelah kita bekerja..

10% kedua (RM200) anda gunakan untuk perniagaan. Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi berkursus, membeli buku/bahan bacaan, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan. Ingat! kita boleh mengejar matlamat yang kita impikan dengan memperolehi ilmu untuk mencapai matlamat tersebut.

10% ketuga (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus RM200 setahun, simpanan anda bakal mencecah:-
  • RM175,000 (selama 20 tahun)
  • RM525,000 (selama 30 tahun)
  • RM1.4 juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik ini untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut teknik ini walau betapa hebat sekalipun formula ini. Sebab itu tidak ramai yang menjadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun telah berpencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan. Ini kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demai masa hadapan.

Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, saya sarankan kepada anda untuk mengikuti formula 70/30 pada hari ini. Mulakan penjimatan hari ini juga untuk mulakan simpanan anda.

Thursday, February 18, 2010

MLM dahulu dan sekarang

MLM atau "Multi Level Marketing" telah berkembang pesat di negara kita.. Negara Malaysia telah menduduki tempat ke-10 dunia dalam jualan perniagaan MLM.. Ramai orang telah menjadi jutawan dalam menjalani perniagaan MLM.. Namun begitu lebih 90% orang telah gagal dalam menjalani perniagaan MLM.. Kenapa?

Adakah salah sistem MLM? Salah Upline sebab tak bantu? Salah produk sebab tak de orang nak beli? Walaupun alasannnya yang anda berikan.. Namun secara tidak langsung kesalahan tetap berpunca dari diri kita sendiri.. Ya.. Itulah realiti yang kita semua perlu terima.. Jangan menyalahkan orang lain, sebaliknya salahkan diri sendiri..

Perniagaan MLM baru wujud setiap tahun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.. Sekiranya anda membuat semakan di senarai DSAM (Direct Selling Association Malaysia), ada lebih 300 syarikat yang berdaftar. Dan jika anda membuat semakan di Kementerian Perdagangan (KPDN HEP) pula, terdapat beribu sijil AJL yang telah diluluskan. Ini yang berdaftar, Yang tak berdaftar pun ada banyak lagi.

Saban hari ada sahaja perniagaan MLM baru yang saya dengar dari mulut rakan-rakan sehingga saya sendiri tak dapat untuk mengingati kesemua nama-nama perniagaan tersebut.. Nama-nama MLM yang masih saya ingat setakat ini seperti CNI, LUXOR, Sureco, elken, Amway, Cosway, Zulian, Gano Excell, ICash, MyMode, Propolis Gold, Bioasli dan macam-macam lagi.. Untuk makluman anda semua terdapat perbezaan perniagaan MLM dahulu dan sekarang mengikut arus peredaran masa.. Terdapat inovasi dalam perniagaan MLM dari semasa ke semasa.

Suatu ketika dahulu MLM dilakukan dengan cara konvensional iaitu dengan mengadakan jualan langsung dari rumah ke rumah.. Ianya dilakukan secara Offline dengan mengadakan home party atau demo party.. Saya pernah mengikuti up line saya pergi ke rumah prospek yang telah memanggil rakan-rakan dan jiran tetangga untuk menikmati jamuan ringan di samping mendengar penerangan tentang kelebihan perniagaan jualan langsung dari Upline dan rakan-rakan yang telah mahir selok belok perniagaan tersebut..

Semasa home party tersebut diadakan berlaku proses penjualan produk dan sponsor ahli baru.. Biasanya dalam sehari sekiranya perniagaan MLM tersebut dilaksanakan secara Part time paling banyak pun home party yang boleh diadakan adalah sebanyak 2 buah rumah..

Dan untuk seseorang upline membantu downline untuk closing prospek (rakan atau kenalan downline) di kedai-kedai makan, rumah, tempat kerja dan sebagainya juga mengambil masa yang agak lama.. Dan adakalanya usaha kita pada hari tersebut langsung tidak mendatangkan hasil..

Cuba anda banyangkan sekiranya kita memperuntukkan masa selama 30 minit untuk closing seorang prospek dan kita lakukannya secara part time iaitu 2 hingga 3 jam sehari.. Berapa orang prospek yang dapat kita temui dalam sehari??

Itu belum dikira masa yang digunakan untuk sampai ke tempat prospek, kos yang digunakan untuk membelanja prospek, kos yang digunakan untuk mengadakan demo atau home party, kos pengangkutan untuk sampai ke tempat prospek atau home party.. Tentunya kita mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar untuk meraih kejayaan dalam MLM suatu masa dahulu..

Inovasi MLM

MLM zaman sekarang dilakukan dengan lebih mudah.. Kita dapat mencari prospek, dapat menaja Downline hanya dari rumah.. Disamping itu kita juga dapat membantu Downline kita untuk closing hanya dri rumah.. Ini dapat dilaksanakan berikutan munculnya ramai celik IT di kalangan masyarakat kita..

Sebagai contoh saya tertarik dengan perubahan satu produk MLM iaitu Mymode.. Suatu ketika dahulu perniagaan My Mode dilakukan secara Offline.. Tapi kini My Mode telah menjalankan perniagaan secara online.. Saya telah mendapat 8 orang Downline pada minggu pertama dengan mendaftar sebagai ahli My Mode dan mempromosikan laman web my mode.. Saya tidak mengeluarkan wang untuk tujuan promosi atau menaja downline saya.. Ini disebabkan setelah menjadi ahli my mode saya telah mendapat laman web yang dapat digunakan untuk tujuan menaja downline.. Jadi kerja kita akan menjadi lebih mudah..

Malahan ada di kalangan downline saya bukan dari kalangan orang yang saya kenali.. ada yang datang dari seluruh Malaysia dan lain-lain negeri.. Inilah kelebihan menjalankan perniagaan MLM secara online.. Perniagaan kita dapat kita kembangkan dengan hanya duduk di rumah bersama ahli keluarga..

Salah satu perniagaan MLM online yang sedang hangat pada ketika ini adalah Vemma. Anda boleh mendapatkan limpahan downline dengan hanya mendaftar keahlian secara percuma. Malah sistem MLM ini dibantu oleh upline dengan promosi secara automatik. Sebaik sahaja anda mendaftar keahlian secara percuma anda akan mendapat laman web replika. Belum apa-apa dah dapat laman web. Tetapi untuk menjana pendapatan dalam MLM ini seperti biasa anda juga perlu mengeluarkan belanja..

Untuk mendapatkan maklumat perniagaan MLM ini dengan lebih mendalam anda boleh mendaftar secara percuma di laman web berikut;

http://www.duitjutawan.vemma.com

Ramai orang telah berjaya dengan menjalankan perniagaan MLM secara online. Ini kerana anda boleh mendapat prospek dan menjana pendapatan dengan hanya minum secawan kopi dihadapan meja komputer anda..
  • Tak perlu jumpa orang
  • Tak perlu keluar duit minyak kereta jumpa orang
  • Dapat luangkan banyak masa bersama keluarga di rumah
  • Boleh dapat duit sambil tengok tv di rumah..

Dan banyak lagi kelebihan menyertai MLM secara online..

Monday, February 15, 2010

10 Langkah untuk mencapai matlamat bebas hutang

Hutang, hutang, hutang... "Gali lobang tutup lobang, Ada uang bayar hutang.."

Masih terngiang-ngiang lagi lagu dendangan Salleh Yaakob suatu ketika dahulu.. Tetapi dalam kehidupan kita pada hari ini, hutang merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.. Semua orang tidak akan terlepas dari berhutang.. Tidak kiralah untuk tujuan apa kita berhutang samada untuk menyambung pelajaran, berkahwin, membeli alat kelengkapan rumah, modal perniagaan, membeli hartanah, membeli kenderaan dan sebagainya..

Hutang tetap hutang.. Namun kita perlu bijak menguruskan kewangan kita untuk menyelesaikan hutang-hutang kita.. Jadi, pada post kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang 10 langkah untuk mencapai matlamat bebas hutang... Ok, mari kita bersama-sama membaca satu persatu langkah berikut:-

1) Periksa rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada. Untuk perbelanjaan menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda. Walaupun untuk membeli ais krim RM0.50 untuk anak anda.

2) Kirakan jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan

3) Tuliskan senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali insuran rumah, Telefon Bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada. (Pastikan anda selalu kemaskinikan rekod senarai hutang)

4) Buat senarai pembayaran minima yang anda perlu lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2,000 setiap bulan

5) Tengok baki yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6) Senaraikan semua hutang anda supaya hutang yang sedikit di atas sekali, dan yang bayak terletak di bawah. Contoh:

a) Hutang membeli pinggan mangkuk RM300
b) Hutang membeli perabot RM3,000
c) Hutang membeli peralatan kelengkapan elektrik RM4,000
d) Hutang Kad Kredit RM5,000
e) Hutang kereta RM50,000
f) Hutang rumah RM100,000

7) Sekarang anda perlu membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu. Contohnya hutang membeli pinggan mangkuk dan akhir sekali hutang yang besar, contohnya kereta atau rumah

8) Anda telah kirakan jumlah minimum hutang yang perlu anda bayar pada setiap bulan pada langkah 4 iaitu RM2,000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut iaitu RM200.

9) Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpul RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan ahli keluarga apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan di luar, cuba kurangkan Jika anda merokok, cuba behenti. Jika anda berusaha pastinya anda akan temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10) Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar R200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksimum untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

14 Konsep Minda Jutawan

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada 100 orang yang hanya benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada Minda seseorang. Terdapat perbezaan antara minda orang kaya dan orang susah seperti berikut:

1) Orang kaya percaya "Saya akan mencorakkan hidup saya"
Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

2) Orang kaya berbisnes untuk menang. Orang susah berbisnes supaya tak rugi

3) Orang kaya komited untuk jadi kaya. Orang susah hanya nak kaya

4) Orang kaya berfikiran luas & Jauh. Orang susah berfikiran sempit

5) Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang. Orang susah lebih tumpukan kepada halangan

6) Orang kaya kagum dan mecotohi orang berjaya & Kaya. Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya

7) Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya. Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal

8) Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes. Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes

9) Orang kaya lebih kuat daripada masalah. Orang susah lemah dan lembik dengan masalah

10) Orang kaya bersedia belajar perkara baru. Orang susah menganggap semuanya sudah tahu

11) Orang kaya memilih dibayar melalui hasil. Orang susah memilih dibayar melalui masa.

12) Orang kaya buatkan duit bekerja untuknya. Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

13) Orang kaya bertindak walaupun takut. Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak

14) Orang kaya pandai uruskan kewangan. Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.

"Think Rich, To Get Rich" supaya anda tergolong daripada 1 daripada 100 yang berjaya menjadi jutawan.. Mulai sekarang kita perlu sama-sama menimba ilmu untuk mencapai taraf Minda Jutawan..

Monday, February 8, 2010

Menjadi Datuk Jutawan dalam tempoh 30 Tahun

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Paparan pada kali ini, adalah mengenai perkongsian ilmu untuk semua pembaca yang berhak untuk menjadi jutawan pada suatu hari nanti..

Semua orang boleh menjadi Jutawan.. Dan semua orang sepatutnya perlu mempunyai RM 1 juta sebelum berpencen atau berhenti berkerja supaya anda boleh hidup dalam keadaan selesa setelah penat bekerja dalam tempoh 20 sehingga 40 tahun..

Setelah berpencen anda sepatutnya tidak perlu berfikir tentang kerja.. Anda tidak perlu berfikir bagaimana cara untuk mencari wang untuk menyara keluarga, anak-anak dan cucu-cicit setelah bersara.. Sebaliknya, jika anda perlu berfikir tentang urusan kerja sekalipun anda hanya perlu bertanyakan kepada pekerja bawahan anda (Jadi bos lah tu)...

Masa yang ada semasa berpencen sepatutnya anda gunakan untuk bersama keluarga, melayan cucu-cicit dan bagi yang beragama islam, anda dapat memanfaatkan masa tersebut untuk perbanyakkan amal ibadah sebelum tiba masanya kita meninggalkan dunia yang fana ini..

Tetapi untuk menjadi jutawan semasa berpencen bukanlah sesuatu yang mudah.. Anda perlu mendisiplinkan diri dalam mengurus kewangan. Anda perlu mempunyai simpanan berkala sekurang-kurangnya RM 500 secara berterusan pada setiap bulan dalam akaun/saham/bank yang dapat memberi pulangan/dividen 10% setahun. Mari kita sama-sama lihat jadual dibawah
Jadual : Jutawan dalam masa 30 Tahun dengan simpanan RM500.00 sebulan

Jadi anda perlu bertindak dari sekarang untuk menjadi "Datuk" Jutawan pada 30 tahun akan datang. Anda tidak perlu menjadi ahli perniagaan yang mendapat pangkat Datuk dari mana-mana Sultan atau yang DiPertuan Agong untuk menjadi jutawan.. Cukuplah anda menjadi Datuk kurniaan daripada yang maha esa setelah mendapat cucu.. Tapi perkara yang paling penting anda mampu menjadi jutawan pada masa tersebut dengan membuat simpanan sekurang-kurangnya RM500 sebulan..

Anda masih belum terlambat untuk bertindak dari sekarang. Sekiranya anda berumur 25 tahun, anda akan menjadi jutawan dalam umur 55 tahun. Sekiranya anda berumur 30 tahun, anda akan menjadi jutawan dalam umur 60 tahun dan sebagainya..

Bagaimana untuk saya menyimpan sekurang-kurangnya RM500 sebulan?
  1. Anda perlu mencari pendapatan sampingan yang boleh memberi pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan
  2. Anda perlu menyemak balik perbelanjaan bulanan anda, dan kenal pasti yang mana perbelanjaan untuk memenuhi keperluan dan yang mana satu perbelanjaan untuk memenuhi kehendak. Teruskan dengan perbelanjaan untuk memenuhi keperluan dan elakkan/kurangkan perbelanjaan untuk memenuhi kehendak
  3. Anda perlu merancang kewangan anda dengan lebih baik.. Dapatkan beberapa buku pengurusan kewangan dari mentor Jutawan terkenal Azizi Ali untuk membantu anda (Klik di Sini)

Apakah pelaburan yang boleh saya sertai dengan mendapat pulangan secara konsisten iaitu sekurang-kurangnya 10% setahun?

Anda perlu mempelbagaikan bidang pelaburan anda dengan syarat nilai keseluruhannya konsisten setiap bulan iaitu sebanyak RM500.00..

  1. Pelaburan yang pertama sudah pastinya ASB. Namun begitu ASB tidak dapat memberi pulangan yang konsisten sebanyak 10%setiap tahun. Malahan nilai pulangan telah menyusut dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini. Lagipun pelaburan dalam ASB hanya boleh dilakukan maksimum sebanyak RM200,000.00. Jadi saya cadangkan anda melabur dalam ASB sebanyak RM100-RM200 sebulan
  2. Pelaburan emas. Pelaburan emas merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan. Harga emas telah naik sebanyak 250% bagi 5 tahun kebelakangan ini. Secara puratanya kenaikan emas melebihi 12% pada setiap tahun sejak 7 tahun yang lepas. Namun begitu pasaran emas merupakan pasaran yang sangat aktif. Harga emas segram akan sentiasa berubah ada kalanya mengikut hari, minggu dan bulan.. Contohnya harga emas pada hari Isnin 8 Februari 2010 telah menyusut sebanyak 0.31 ringgit/gram menyebabkan harganya jatuh menjadi RM118.30/gram. Jadi untuk mendapatkan keuntungan maksimum melabur dengan emas anda perlu mempunyai ilmu berkaitan dengan pelaburan emas. Dapatkan maklumat berkaitan pelaburan emas (Klik Disini) supaya anda boleh menjadi "Datuk" Jutawan lebih awal dari tempoh 30 tahun.
  3. Melabur dalam pasaran saham aktif seperti yang tertera dalam Bursa Saham. Tetapi anda sentiasa perlu menyemak pasaran saham dan mampu buat keputusan yang bijak dengan serta merta.. Sekiranya keputusan yang anda buat kurang bijak akan menyebabkan anda menanggung kerugian.. Tetapi jika sebaliknya anda akan lebih cepat menjadi "Datuk" Jutawan daripada 2 pelaburan yang saya cadangkan sebelum ini.

Cukuplah setakat hari ini perkongsian dari Minda Jutawan kepada anda yang bakal menjadi "Datuk" Jutawan.. Diharapkan dengan perkongsian ini akan membuka minda anda bahawa jutawan bukan hanya datang dari kalangan orang-orang koporat sahaja seperti Datok, Tan Sri, YB, tetapi ianya juga boleh datang dari kebanyakan setiap manusia yang bernafas di muka bumi ini..

Diharapkan anda dapat terus membaca blog ini untuk mengikuti kisah-kisah kejayaan jutawan dan Tips kewangan jutawan.. Jumpa lagi di lain masa.. Sekian, terima kasih..

Tinggalkan Komen anda di sini







Name:




Email Address:




Messege




Get your own free form like this one.

Sunday, February 7, 2010

Kisah Jutawan 3: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Assalamulaikum dan Salam Satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Bertemu lagi kita dalam koleksi kisah Jutawan. Kisah jutawan yang akan saya bawakan pada kali ini ialah seorang jutawan yang tersohor di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..

Beliau merupakan seorang jutawan yang sangat saya sanjungi. Ini disebabkan beliau menjadi jutawan bukan di atas tiket kecemerlangan akademik iaitu berjaya melanjutkan pengajian sehingga ke Universiti.. Tetapi sebaliknya kejayaan beliau adalah di atas usaha gigih beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan kecil-kecilan seperti menjual sayur-sayuran, menjual roti canai, mengembala haiwan, menjual daging dan pelbagai bidang lagi.

Kesemua bidang perniagaan kecil yang pernah beliau lakukan menjadi pengalaman berharga kepada beliau untuk menceburi beberapa bidang perniagaan besar yang pernah diceburi seperti perniagaan pengangkutan barang, membekal keperluan asas seperti beras, teh, tepung, coklat, susu, membekal pakaian seragam tentera, perniagaan pakaian, perniagaan perkapalan dan bermacam-macam jenis perniagaan yang telah beliau ceburi menjadikan beliau antara 10 usahawan terkaya di malaysia..

Latar Belakang Kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar bukan berasal dari golongan yang kaya. Malah beliau juga tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat universiti.. Beliau hanya menamatkan persekolahan setakat tingkatan lima..

Tetapi berkat usaha gigih dan pengalaman berniaga yang beliau timba sejak dari kecil lagi menjadikan beliau seorang usahawan Melayu yang paling berjaya pada hari ini..

Kejayaan besar yang beliau miliki pada hari ini adalah menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang telah membelanjakan kos sehingga kini melebihi RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.. Membeli Johor Port Sdn. Bhd. pada harga RM 330 juta dan telah menjayakan Projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Membeli Johor Tenggara Sdn. Bhd. pada harga RM135 juta. Menyiapkan Muzium Kesenian Islam Malaysia berharga RM100 juta, pembinaan kompleks Al-Bukhary bernilai RM400juta dan beberapa kejayaan yang lain lagi..

Idea Jutawan

Perlu wujud semangat suka berniaga dan semangat keusahawanan dalam minda kita.. Jangan takut dan malu untuk mencuba dan sanggup bermula dari bawah (Berniaga kecil-kecilan).. Timba pengalaman-pengalaman berharga dalam hidup kita sebagai seorang peniaga dan mempelajari setiap kesilapan dan kelemahan yang dilakukan. Seterusnya perbaiki kesilapan dan kelemahan tersebut dari masa ke semasa sehingga akhirnya berjaya menjadi usahawan/jutawan..

Seperti yang kita semua sedia maklum 9/10 daripada pintu rezeki adalah melalui bidang perniagaan.. Walaupun kita bekerja makan gaji, namun pendapatan yang kita terima pada setiap bulan juga berpunca daripada perniagaan yang telah dijalankan oleh majikan kita..

Jadi mulai daripada hari ini, pelajarilah ilmu perniagaan supaya impian anda untuk menjadi salah seorang jutawan di Malaysia akan tercapai.. Sekian, terima kasih dan jumpa lagi di lain waktu..

Tuesday, February 2, 2010

Kisah Jutawan 2 : Joanne Rowling

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca.. Kisah jutawan yang akan saya paparkan pada hari ini merupakan seorang penulis tersohor iaitu Joanne Rowling..

Joanne Rowling merupakan seorang Janda yang hidup dalam kesempitan dan tinggal bersama anak perempuannya Jessica di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh.


Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau untuk menulis satu novel mistik atau khayalan. Pada ketika itu beliau berumur 29 tahun dan risiko yang bakal beliau hadapi ialah jika buku yang bakal beliau tulis ditolak oleh penerbit!

Namun begitu ianya tidak sedikitpun mematahkan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari. Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan, berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Begitulah rutin harian Joanne untuk menjadi seorang penulis dalam masa yang sama menjadi ibu tunggal kepada seorang anak perempuan.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah iaitu tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau. Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Setelah skrip buku beliau siap, beliau mencari dua agen penerbitan buku dan mengeposkan skrip buku tersebut kepada mereka. Hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang daripada mereka bersetuju untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas. Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi. Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi ramai orang dewasa yang turut meminatinya.



Idea Jutawan :

Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar, bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan menjadi seorang hero.



Modal permulaan :

Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)



Bagaimana idea digerakkan :

Melalui agen. Dua syarikat penerbit buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.



Jualan : Seluruh dunia.



Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih 38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.



Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.



Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.



Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah mencecah $100 juta pound.



Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)



Sekarang anda semua telah mengetahui kisah bagaimana seorang janda yang memperjuangkan nasibnya dengan menulis kisah mitos dan akhirnya menjadi jutawan..


Konsep yang diamalkan adalah dengan menghasilkan buku yang boleh dijual pada harga yang mampu dimiliki oleh ramai orang dan berjaya menjual buku-buku tersebut kepada lebih daripada sejuta orang.

Ini sebenarnya konsep jutawan yang paling mudah dan semua orang berpotensi untuk menjadi jutawan dengan menggunakan konsep ini.. Adakah anda sudah mempunyai idea untuk menjadikan diri anda seorang jutawan? Sekiranya anda sudah mempunyai idea tersebut, sila laksanakan usaha pertama anda.. Jangan bertangguh lagi..

Sekiranya anda masih kabur dan belum mempunyai sebarang idea untuk menjadi jutawan, sila teruskan membaca blog ini.. Pelbagai kisah jutawan akan saya paparkan dari semasa ke semasa.. Semoga dengan salah satu kisah yang saya kongsikan bersama anda akan membuka minda anda untuk berusaha menjadi seorang jutawan..

Sekian, terima kasih.. jumpa lagi di lain masa.. Don't Worry, Be Happy..

Kisah Jutawan 1: Walter Eliot Disney

Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada semua pembaca yang sangat saya hormati..


Kisah jutawan pertama yang akan saya kongsikan dengan pembaca semua adalah lagenda komik tersohor yang dikenali di seluruh dunia iaitu Walter Eliot Disney.. Kenalkah anda dengan beliau yang saya maksudkan?


Bagaimanakah pula dengan Walt Disney, Mickey Mouse, Minnie Mouse dan lain-lain watak yang berkaitan dengannya.. Tentu anda kenal bukan.. Ternyata watak-watak animasi tersebut tidak asing lagi bagi semua penduduk di muka bumi ini tanpa mengira usia dan latar belakang kehidupan..


Walter Eliot Disney, atau lebih dikenali sebagai Walt Disney lahir pada 1901. Beliau merupakan seorang anak petani miskin dan telah mencapai kejayaan sebagai prosedur filem, pengarah filem, penulis skrip, pelakon suara, pereka animasi, ahli perniagaan, penghibur, ikon antarabangsa dan dermawan yang disegani..


Beliau merupakan pencipta Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck, Goofy Goof dan watak-watak Disney yang lain.


Kejayaan kerjaya beliau bermula sekitar tahun 1927 iaitu sewaktu mula-mula memperkenalkan watak Mickey Mouse sebagai sebuah ikon "comic" dalam karya pertamanya berjudul "Mickey Mouse In Steamboat Willie".


Walaupun pada ketika itu ilustrasi Mickey Mouse yang dihasilkan tidak secantik yang anda lihat sekarang, tetapi ianya begitu diminati oleh orang ramai khususnya kanak-kanak pada zaman tersebut.


Kemudian pada tahun 1940, Mickey Mouse muncul dengan penampilan baru yang kelihatan lebih moden dan menarik. Sehingga ke hari ini Mickey Mouse dan rakan-rakan menjadi Ikon kartun yang cukup diminati di seluruh dunia..


Keuntungan tahunan yang dicapai Oleh Walt Disney Company pada hari ini mencecah sebanyak $35 billion dolar US.


Wow! satu pendapatan yang begitu lumayan.. Adakah pendapatan ini akan terhenti setelah Walt Disney meninggal Dunia?

Untuk makluman anda semua Walt Disney telah pun meninggal dunia pada 15 Disember 1966 akibat kanser paru-paru.. Tetapi sehingga kini siri-siri komik keluaran Walt Disney masih terus dipaparkan di media-media dan diminati ramai.. Selagi komik-komik tersebut terus diminati oleh seluruh penduduk dunia, selagi itu pendapatan akan terus mengalir ke syarikat Walt Disney.. Manarik bukan..


Idea Jutawan


Menghasilkan satu Ikon dalam bentuk animasi.. Ikon tersebut menjadi satu jenama (Brand) yang dikenali di serata dunia. Bagi anda yang mempunyai kreativiti atau kemahiran dalam bidang grafik, artistik atau animasi anda boleh jadikan Walt Disney sebagai satu contoh untuk terus maju dalam bidang ini sehingga menjadi seorang jutawan.

Ikon/Jenama sangat penting dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh kita lihat pelbagai perniagaan yang berjaya seperti KFC, PIZZA, HONDA, BMW, NIKE, ADIDAS, dan lain-lain..

Semua syarikat yang saya sebutkan di atas menjual jenama untuk memperolehi keuntungan.. Dengan ikon yang dicipta membuatkan perniagaan syarikat-syarikat tersebut dikenali di seluruh dunia..

Jadi, langkah jutawan pertama yang perlu anda lakukan adalah mencipta ikon yang boleh menarik perhatian orang ramai.. Promosi habis-habisan ikon anda.. Dalam masa yang sama pastikan anda memberi servis/perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan anda..

Insya-Allah anda juga boleh menempa kejayaan seperti Walt Disney..

Sekian perkongsian kisah jutawan yang pertama.. Semoga kisah-kisah jutawan yang akan saya kongsikan kepada anda akan memberi idea atau suntikan semangat kepada anda untuk memulakan sesuatu bidang perniagaan dan berjaya menjadi salah seorang jutawan di Malaysia.. Ikutilah kisah-kisah jutawan dalam Post yang akan datang.. Sekian terima kasih..