Monday, July 19, 2010
Keputusan Peraduan Menulis Komen Terbaik Di Blog Minda Jutawan Minggu ke 2
Saturday, July 10, 2010
Keputusan Pemenang Peraduan Menulis Komen Terbaik Di Blog Minda Jutawan
Monday, July 5, 2010
Friday, July 2, 2010
Wednesday, June 30, 2010
Bonus Terhebat bagi pembelian CD-ROM "39 Rahsia Menjana Wang RM300 Sehari Di Rumah"
Tuesday, June 29, 2010
Menjual Produk Master Resell Right Sebagai Sumber Pendapatan Berterusan
Saturday, June 26, 2010
Buat duit internet.com
Pada pos kali ini saya ingin membincangkan sedikit tentang salah satu teknik minda jutawan dalam memperolehi pendapatan lumayan iaitu teknik buat duit dengan internet.
"Jalan paling cepat untuk anda menjadi jutawan Internet"
Itulah rahsia yang ingin dikongsikan oleh saudara Zack dalam e-book terbarunya Buat duit Internet. Sekiranya anda sedang tercari-cari satu peluang menjana pendapatan yang lumayan, mungkin inilah peluang terbaik untuk anda.. Untuk maklumat lanjut sila klik pada banner di bawah.
Menjana pendapatan melalui internet bukan sesuatu yang asing lagi dalam teknologi moden pada hari ini. Segala informasi berada di hujung jari.. Ramai yang telah mendapat keuntungan yang lumayan dengan menjana wang di internet. Terdapat beberapa nama-nama besar dalam industri perniagaan melalui internet yang perlu anda ketahui seperti Dr.Irfan Khairi, Jamaluddin Bahari, Fahmi aka Cide7, Raja Kamil, Suth, Yazid Yahaya, Zamri Mohamad, Azahar Abdul Rahman, dan ramai lagi usahawan internet yang telah berjaya. Namun begitu untuk anda benar-benar berjaya dalam perniagaan internet seperti nama-nama yang saya sebutkan di atas anda perlu mempelajari teknik perniagaan internet dengan betul. Tiada jalan pintas ke arah kejayaan tersebut. Kuncinya adalah belajar dan terus belajar dan memanfaatkan setiap ilmu yang dipelajari.
Ianya dapat diperumpamakan seperti pelajar yang ingin mengambil peperiksaan. Seorang pelajar memerlukan ilmu yang mencukupi sebelum berjuang di dewan peperiksaan. Sekiranya ilmu yang ditimba cukup-cukup makan, kebarangkalian untuk anda mendapat keputusan yang cemerlang adalah rendah. Begitu juga dengan orang yang hendak pergi berperang. Sebelum berperang anda perlu membuat persediaan yang mencukupi dengan teknik bela diri, teknik bertempur, senjata dan semangat kesetikawan. Tanpa itu semua adalah mustahil untuk anda memenangi peperangan tersebut melainkan dengan nasib.
Berbalik halnya dengan perniagaan melalui internet. Tanpa ilmu dan teknik yang betul anda masih boleh manjalankan perniagaan melalui internet. Persoalannya berapakah pendapatan yang mampu anda perolehi dalam masa sebulan? Adakah 2 angka, 3 angka , 4 angka atau lebih daripada itu?
Sekiranya jumlah pendapatan yang berjaya anda perolehi sebulan melebihi 4 angka saya ucapkan tahniah. Mungkin selepas ini anda boleh berkongsi dengan pembaca lain tentang teknik yang telah anda gunakan untuk memperolehi pendapatan tersebut. Tetapi sekiranya teknik yang anda gunakan sekarang tidak berjaya memperolehi pendapatan 4 angka sebulan, saya syorkan anda mempelajari teknik-teknik lain.
Dalam dunia ini tiada penyakit yang tidak boleh di rawat melainkan mati. Begitu juga dengan perniagaan internet. Perniagaan internet pada keseluruhannya boleh memberi pendapatan lumayan kepada kita semua. Cuma teknik yang anda gunakan samada serasi dengan diri anda atau terdapat teknik lain yang lebih serasi dengan diri anda. Jadi sahabat saya mempunyai sebuah teknik rahsia yang telah membantu beliau memperolehi pendapatan yang lumayan dengan internet. Untuk anda mengetahui teknik-teknik tersebut saya syorkan anda pergi ke laman web beliau dengan klik banner di bawah:
Dengan teknik yang dikongsikan oleh saudara Zack akan dapat membuka minda anda bagaimana untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah melalui internet dan memberi hasil yang lebih lumayan. Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di lain kali.. Sekiranya anda ada sebarang pandangan, rahsia, teknik atau idea untuk dikongsikan bagi memperolehi pendapatan lumayan anda boleh mengisi maklumat di borang di bawah. Maklumat yang anda kongsikan mungkin dapat membantu rakan-rakan pembaca yang lain untuk turut berpeluang memperolehi pendapatan yang lumayan..
Monday, April 12, 2010
Friday, April 9, 2010
Jutawan Senyap
Diharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu menikmati percutian Sabtu dan Ahad (Bagi yang bercuti). Kepada yang tidak bercuti saya ucapkan selamat bekerja.
Pada kali ini saya ingin berkongsikan sedikit maklumat isi kandungan sebuah buku yang dapat memberi suntikan semangat kepada anda yang menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Juga kepada anda yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi menjana pendapatan pasif..
Buku yang ingin saya kongsikan ini berjudul "Menjejaki Jutawan Senyap" hasil karya Chef Li atau Dato' Dr. Rusly Abdullah (Ph.D).
Buku ini sesuai untuk memotivasikan kita dalam kehidupan seharian kita pada hari ini yang segala-galanya memerlukan wang. Dalam buku ini, Chef Li memberi inspirasi kepada insan biasa supaya mengejar kejayaan hidup dengan sabar dan mulakan kejayaan yang kecil kepada kejayaan yang lebih besar.
Siapa Jutawan Senyap?
Jutawan senyap yang di singkap oleh Chef Li adalah golongan insan yang sudah mencapai tahap jutawan, tetapi tidak dikenali, langsung tidak glamour, dan mungkin tidak dikenalpasti oleh masyarakat.
Jutawan senyap ini menjalankan perniagaan yang tidak sensasi seperti perniaga pasar malam, penjaja di lorong-lorong kecil, peniaga jalanan dan tidak dipandang orang. Sebahagian mereka buta huruf, tamat darjah enam, janda atau ibu tunggal. Tidakkah anda terfikir bagaimana mereka melakukannya?
Pertama sekali, Chef Li memperkenalkan anda kepada golongan misteri ini, kisah duka mereka dan bagaimana untuk mengenal mereka serta memahami konsep perniagaan yang betul. Dalam perniagaan kita perlu memastikan mendapat keuntungan seoptimum yang mungkin. Untuk memahami rahsia kejayaan sesuatu perniagaan anda perlu melihat dengan teliti dan membetulkan persepsi anda tentang perniagaan.
KISAH TELADAN UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT
Melalui kisah-kisah kejayaan mereka ini, kita dapat memahami perniagaan dari ertikata dan sikap yang betul. Sikap itu yang membawa perniagaan tersebut menjadi atau hancur. Chef Li memberi panduan bagaimana untuk memiliki semangat yang besar dan melupuskan rasa malu, rendah diri, dan takut gagal.
Barangkali masih ramai diantara kita yang mempunyai tanggapan kerja pasar malam, tanam sayur, bela ayam dan jual cendol tidak ada potensi dan masa depan. Pelajar-pelajar di universiti juga tidak terlepas dari pemikiran tersebut sebenarnya. Buktinya berapa ramai yang tamat pengajian dan menulis resume berbanding yang tamat pengajian dan menulis kertas kerja projek perniagaan? Tepuk dada tanya selera.
Jadi saya sangat-sangat mengesyorkan buku ini sebagai petunjuk jalan bagi anda yang sedang mencari haluan untuk memulakan perniagaan. Chef Li sendiri telah menyedari kewujudan golongan jutawan senyap ini semasa beliau bekerja sebagai pegawai bank dan bertemu ramai insan yang bergelar jutawan senyap.
Disebabkab itu, beliau telah memilih untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan pasar malam kerana ingin megubah masa depannya.
"Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang" - Chef Li
Petikan ini mengingatkan saya kepada kisah salah seorang jutawan senyap yang didedahkan dalam buku ini. Jutawan senyap tersebut bukan warganegara Malaysia. Beliau adalah pendatang dari Indonesia. Semasa berada di Kuala Lumpur Jutawan senyap ini memerhatikan gelagat setiap manusia yang lalu lalang di sekitar kota raya tersebut.
Beliau berasa kagum terhadap rakyat Malaysia yang kebanyakannya berduit. Jadi beliau terfikir bagaimana caranya untuk mendapatkan duit daripada rakyat Malaysia ini dengan menjual sesuatu yang murah tetapi disukai oleh ramai orang. Akhirnya beliau telah menjual sesuatu yang berharga RM1.00 di sekitar Kuala Lumpur.
Disebabkan perniagannya telah berkembang menyebabkan beliau berjaya menjadi jutawan. Bukan jutawan dalam nilai rupiah, tetapi jutawan dalam Ringgit Malaysia. Jika anda nak tahu apa yang beliau jual, saya syorkan anda mendapatkan buku ini di kedai-kedai berhampiran untuk mendapatkan jawapannya.
Perkara yang cuba saya samapikan daripada cerita pendatang dari Indonesia ini adalah tentang keadaan beliau yang datang ke Malaysia dengan menaiki kapal dan hidup sebatang kara di Malayisa. Tetapi dengan berkat kegigihan beliau berusaha dalam masa yang sama mendalami ilmu-ilmu perniagaan dan akhirnya menjadikan beliau berjaya. Orang Indonesia pun boleh jadi kaya bila datang ke Malaysia. Jadi betullah kata Chef Li "Anda patut menjadi Kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang."
Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk berniaga. Tidak semestinya anda perlu mencari rezeki setakat makan gaji. Anda tentu sedia maklum bahawa 9/10 dari pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Walaupun pada hari ini anda bekerja makan gaji dengan syarikat tempat anda bekerja, tetapi pendapatan yang anda perolehi setiap bulan berpunca daripada perniagaan yang dilakukan oleh syarikat tersebut.
Apa yang saya nak jual? Saya tak ada modal nak berniaga. Saya takut perniagaan saya rugi. Ini antara persoalan-persoalan atau bisikan-bisikan negatif yang berlegar-legar dalam minda semua orang yang baru mencari-cari peluang perniagaan. Jadi untuk membantu anda mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut, saya nasihatkan anda carilah ilmu tentang dunia perniagaan. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca.
Rakan saya saudara Mohd Nizam mungkin dapat membantu anda. Beliau mempunyai satu produk yang dapat membantu anda membuka minda untuk melihat peluang perniagaan dari sudut pandangan yang lebih berjaya. Produk yang saya maksudkan adalah "CD-ROM 39 Rahsia Buat Duit". Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan CD-ROM ini anda boleh memperolehinya dengan 2 cara iaitu:-
- Menjadi Ahli Kelab Formula Luar Biasa (Sila klik URL berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut) formulaluarbiasa.com
- atau e-mail nama dan alamat anda kepada te82118@gmail.com
Friday, April 2, 2010
Sistem Perniagaan Internet Tumbuh Bagai Cendawan. Mana satu nak join?
Pada hari ini jika kita lihat berlaku perkembangan sihat dalam perniagaan internet. Ramai di kalangan kita warga negara Malaysia telah terbuka mindanya untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet untuk mencari pendapatan secara sampingan atau pun menjadikannya sebagai pekerjaan sepenuh masa.
Suatu ketika dahulu pernah dipersoalkan Halal atau Haram pendapatan yang diperolehi melalui perniagaan internet ini?
Persoalan ini juga pernah berlegar-legar di minda saya semasa baru mula hendak mengenali perniagaan internet. Lagi pula suatu masa dahulu ada banyak skim cepat kaya dalam perniagaan internet. Dan kebanyakan pengasas skim ini telah menutup skim perniagaan mereka dan menyebabkan ramai di kalangan peserta mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit.
Jadi pada paparan kali ini saya akan mengupas sedikit sistem perniagaan internet ini untuk anda lebih mengenali soal halal haram sesuatu perniagaan.
Sebenarnya perniagaan internet sama konsep dengan perniagaan di luar "internet". Setiap perniagaan memerlukan konsep beli dan jual. Setiap perniagaan perlu ada barang/produk untuk dijual dan ada pembeli.
Sekiranya anda menyertai perniagaan internet tanpa mempunyai produk dalam urusan jual belinya, saya serahkan anda untuk berfikir samada ianya suatu perniagaan atau bukan?
Skim cepat kaya bukan suatu perniagaan internet. Ini kerana ianya tiada produk untuk dijual. Kita menyertai skim tersebut semata-mata untuk mendapat keuntungan dengan pelaburan yang kita laburkan. Sekiranya syarikat tersebut menutup perniagaan mereka anda akan mengalami kerugian dan anda tiada "tools/produk" untuk terus menjana pendapatan daripada bahan peninggalan syarikat tersebut.
Jadi perbezaan perniagaan dan skim cepat kaya samada dalam talian internat atau di luar talian internet sama sahaja. Sekiranya anda masih ingat lagi tentang Skim Pak Man Telo yang pernah popular suatu ketika dahulu. Skim Pak Man Telo bukan suatu perniagaan. Ini kerana ianya tiada produk dalam urusan jual belinya. Pelabur hanya memberi kepada Pak Man Telo wang dan mereka dijanjikan bahawa wang tersebut akan berganda pada setiap hari, minggu atau bulan.
Apabila Skim Pak Man Telo ini ditutup ramai pelabur yang telah menepuk dahi. Jadi konsep Skim Cepat Kaya Pak Man Telo ini juga sama dengan Konsep Pelaburan haram di internet.
Jadi saya harap dengan sedikit penjelasan ini saya harap anda sudah dapat memahami perbezaan diantara perniagaan internet dan Skim Cepat Kaya di Internet.
Banyak sangat Perniagaan Internet, mana satu nak Join?
Untuk anda menyertai sesuatu perniagaan internet saya nasihatkan anda supaya membuat analisis terhadapat beberapa perniagaan internet. Saya telah menyertai banyak jenis perniagaan internet tanpa membuat sebarang analisis. Dan saya telah mengalami kerugian hampir RM1000.
Jadi saya harap anda tidak mengikuti jejak langkah saya. Sebelum anda menyertai perniagaan internet anda perlu mencari jawapan terhadap soalan-soalan berikut:-
- Adakah perniagaan ini mempunyai produk untuk dijual?
- Adakah kita perlu mengeluarkan modal secara berkala untuk maintain point bagi menerima bonus?
- Adakah produk yang dijual memberi manfaat kepada anda?
- Adakah produk yang dijual dapat memberi manfaat kepada orang lain?
- Adakah anda ikhlas untuk menggunakan produk yang diberikan?
- Adakah perniagaan tersebut mempunyai sistem untuk membantu anda memasarkan produk?
- Adakah pihak pengasas produk ada memberi bimbingan untuk memasarkan produk?
- Adakah perniagaan ini menuntut anda meluangkan masa lebih dari masa yang sepatutnya anda luangkan (sepatutnya anda hanya meluangkan masa selama 1-2 jam sahaja sehari untuk segala-gala aktiviti termasuk kursus/bimbingan, perjalanan, promosi dan tak perlu lebih dari itu)
- Adakah anda boleh terus menjana pendapatan sekiranya pengasas perniagaan ini menutup perniagaan mereka secara serta merta?
Saya rasa cukup setakat itu soalan yang dapat saya utarakan berdasarkan pengalaman saya dalam menceburi perniagaan internet. Setakat ini saya telah menceburi 15 perniagaan internet. Daripada 15 perniagaan tersebut saya hanya memberi fokus kepada 3 perniagaan sahaja. Daripada 3 perniagaan tersebut sekarang ni saya hanya fokus kepada satu perniagaan sahaja disebabkan perniagaan ini memudahkan "banyak" kepada saya kerana:
- Mempunyai produk yang hebat untuk dijual. Bukan satu produk malahan berpuluh produk dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Tak perlu maintain point setiap bulan. Maintain point ni adakalanya merugikan kita. Sekiranya kita gagal mendapat komisyen pada sesuatu bulan. Disamping itu ianya juga akan menyusahkan downline kita yang tidak berjaya menjana pendapatan. (Ingat! Tak semua orang bernasib baik yang Join jer boleh terus dapat duit)
- Produk yang dijual memberi manfaat kepada saya. Puluhan e-book tersebut mempunyai informasi tentang lebih daripada 40 cara buat duit, cara-cara mengurus duit, cara-cara melaburkan wang dan menggandakan hasil pelaburan, maklumat-maklumat perniagaan internet, laman web replika, hak penjulan semula puluhan e-book berserta surat jualan dan templete laman web, laman web jualan, sistem aoutoresponder, Koleksi rahsia kejayaan jutawan, video perkongsian kejayaan jutawan, dan banyak lagi produk dan bonus diberikan.
- Produk yang dijual banyak memberi manfaat kepada orang lain terutamanya yang baru bekerja supaya anda boleh merancang kewangan anda dengan betul untuk simpanan, pinjaman dan pelaburan. Bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet pelbagai teknik atau strategi pemasaran internet disediakan. Bagi seorang usahawan didedahkan 39 rahsia buat duit (Setakat ini saya baru menggunakan 4 daripada 39 rahsia tersebut). Dan yang menariknya kebanyakan produk yang disediakan dapat dijual semula.
- Saya ikhlas untuk menggunakan produk yang diberikan. Ini kerana sebelum ini saya tidak pandai mengurus wang gaji, tidak pandai nak buat pelaburan, tak pandai merancang kewangan, tak pandai tentang dunia perniagaan dan keusahwanan, tak tahu cara dan kaedah pemasaran dalam perniagaan internet. Tapi Alhamdulillah, setelah membaca satu-persatu produk yang saya beli, banyak perkara telah saya pelajari disamping menjana pendapatan
- Pernaigaan ini di bantu oleh sistem affiliate untuk kita menyemak statistik jualan, banner, sismtem auto responder untuk follow up prospek. Laman web replika dan surat jualan untuk memasarkan kembali produk-produk di internet. Langkah demi langkah untuk memasarkan perniagaan samada di internet atau tanpa internet.
- Bimbingan oleh para jutawan dengan teknik pemasaran masing-masing. Sungguh mudah. Hanya ikut sahaja teknik yang diberikan dan anda hanya perlu bekerja 7 jam seminggu atau satu jam sehari.
- Sekiranya Saudara Nizam menutup sistem perniagaan ini saya boleh menjual puluhan ebook antarabangsa samada dengan menggunakan domain sendiri untuk setiap ebook atau memasarkan ebook tersebut dalam laman web jualan seperti Lelong.Com, Ebay, Click bank, dan sebagainya.
- Disamping itu sekiranya anda berminat untuk membeli 2 produk terhebat iaitu:-
- CD-ROM 39 rahsia buat duit
- Rahsia Menjana RM750 sehari di Rumah
* Saya akan menjualkannya dengan harga diskaun kepada anda. Sekiranya berminat email nama dan alamat kepada te82118@gmail.com
- Kedua-dua produk ini merupakan produk yang paling hangat dipasaran. Dengan menjadi Ahli Kelab Formula Luar Biasa anda boleh mencetak seberapa banyak yang anda mahu dan jual semula. Keuntungan 100% menjadi milik anda.
Tetapi sekiranya anda ingin membeli keseluruhan formula luar biasa anda boleh klik pada pautan di bawah:
Formula Luar Biasa (klik di sini)
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini, semoga kita sama-sama berjaya dalam perniagaan yang kita ceburi dan berjaya mendapat hasil seperti yang diharapkan.
Thursday, April 1, 2010
Rahsia menjana pendapatan pasif dari rumah
Pada kali ini saya juga akan membincangkan kelebihan memperolehi pendapatan secara pasif.
Walaupun anda memperolehi pendapatan secara pasif, tetapi anda tidak perlu meninggalkan kerja seharian anda.
Pendapatan aktif anda jadikan sebagai punca pendapatan utama sebaliknya pendapatan pasif anda jadikan sebagai punca pendapatan sampingna. Walaupun pada hakikatnya kebanyakan orang memperolehi pendapatan pasif beberapa kali ganda daripada pendapatan aktif. Sebagai contoh mari kita lihat pencapaian rakan-rakan kita yang telah menjana pendapatan secara aktif:
Nama Pendapatan Pekerjaan
- Hisham RM 105,850.00 Cikgu
- Akmar RM 38,000.00 Suri rumah
- Masrule RM 15,400.00 IT
- Syed RM 17,000.00 Pensyarah
- Nazrim RM10,500.00 Nurse
- Ramzi RM5,000.00 JKR
- Kamil RM5,800.00 Pencen
- Purnama RM 8,500.00 Suri rumah
- Zahid RM 8,000.00 Pensyarah
- Adizakry RM 4,000.00 Budak Pejabat
- Fazlisyam RM 8,000.00 Pelajar
- Faiz RM 10,000.00 Student kat ireland
- Dan ramai lagi yang telah berjaya memperolehi pendapatan sampingan secara pasif...
Contoh-contoh di atas menunjukkan walau apa pun latar belakang akademik, pekerjaan harian dan di mana anda berada anda masih boleh menjana pendapatan secara pasif dengan sistem ini.
Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA di sini
http://formulaluarbiasa.com/recommends/duit-buku
Kelebihan menggunakan sistem ini:-
- Mendapat koleksi e-book antarabangsa yang bernilai ribuan ringgit. E-book ini mempunyai hak penjualan semula. Anda boleh menjual semula koleksi e-book ini di laman-laman web tempatan dan antarabangsa
- Memperolehi CD-ROM 39 Rahsia buat duit yang anda boleh cetak kembali seberapa banyak yang anda mahu dan menjualnya setiap satu pada harga RM99-RM199. Keuntungan 100% peratus menjadi milik anda. Cara promosi yang betul sehingga mendapat jualan akan diajar dalam sistem ini.
- Rahsia Menjana Pendapatan RM750 sehari di rumah. Anda boleh cetak dan jual semula seberapa banyak yang anda mahu pada harga RM30-RM99. Keuntungan 100% menjadi milik anda.
- Surat jualan bagi produk terpilih telah disediakan
- Laman web jualan
- Bonus RM100 bagi jualan peringkat pertama
- Bonus RM50 bagi jualan peringkat kedua
- Mendapat sistem autoresponder percuma
- Koleksi kisah kejayaan jutawan
- Rahsia kekayaan
- Cara menggandakan wang simpanan
- Cara menngandakan wang pelaburan anda
- Dan banyak lagi tip, strategi dan rahsia kekayaan dan kejayaan dikongsikan oleh saudara Nizam
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila klik laman web di bawah:-
http://formulaluarbiasa.com/recommends/duit-buku
Pendapatan Pasif Punca Kekayaan
Setiap insan dikurniakan tulang empat kerat dan akal fikiran untuk melaksanakan kerja seharian.
Namun begitu taraf kehidupan yang dinikmati oleh semua orang tidak sama. Ada diantara kita yang mempunyai pendapatan sekitar cukup makan, ada yang sederhana dapat menyimpan RM100-RM200 sebulan. Malah ada yang kaya raya sehingga wang dan simpanan tidak menjadi masalah dalam kehidupan seharian mereka.
Kenapa perkara ini boleh berlaku sedangkan kita berpijak di bumi yang sama, mempunyai tulang empat kerat yang sama dan hidup dalam persekitaran yang sama.
Jawapannya ialah cara kita berfikir dan bertindak. Setiap orang bekerja dalam menjalani kehidupan seharian. Cuma kebanyakan orang bekerja makan gaji. Mereka hanya dibayar oleh majikan atas kerja yang mereka lakukan. Pendapatan ini dikenali sebagai pendapatan Aktif.
Bagi kebanyakan orang kaya mereka mempunyai pendapatan pasif. Pendapatan pasif merupakan pendapatan yang diperolehi secara berkali-kali dengan usaha yang dilakukan sekali. Sebagai contoh pendapatan pasif adalah seperti berikut:-
- Pelabur yang mendapat faedah
- Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
- Penulis yang menerima royalti daripada hasil tulisan mereka
- Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
- Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
- Pengusaha hartanah yang mengutip kadar sewa setiap bulan
- pelakon yang mendapat bayaran royalti
- pencipta sesuatu formula yang mendapat royalti hasil dari penjualan atau penggunaan formula yang dicipta
- Pengusaha MLM yang mendapat komisyen setiap bulan
- dan sebagainya
Jadi anda semua termasuk saya berhak untuk menjadi kaya. Pokok pangkalnya berusaha untuk memperolehi pendapatan secara pasif.
Saya ada seorang sahabat yang menjana pendapatan secara pasif dengan mudah. Beliau telah menjana pendapatan sebanyak RM432,200 dalam masa 7 bulan.
Ianya merupakan satu pendapatan yang cukup banyak dan memerlukan sehingga puluhan tahun bagi kebanyakan orang yang mendapat pendapatan secara aktif. Apa yang telah beliau lakukan sehingga memperolehi pendapatan sebanyak itu?
Beliau telah menjumpai satu teknik memperolehi pendapatan secara pasif yang sungguh luar biasa. Beliau berhasrat untuk mendedahkan taknik dan strategi kekayaan yang telah dilakukan. Antaranya:
- Bagaimana beliau menjana RM35,956.40 dalam masa 30 hari
- Rahsia beliau membina 65,000 list prospek dalam masa yang singkat
- Bagaimana beliau menukarkan RM100 kepada RM500 dengan teknik rahsia ini
- Strategi yang beliau gunakan untuk menjana RM435,200 dalam masa 7 bulan
- Rahsia seorang surirumah menjana pendapatan RM35,000 sambil menjaga 3 orang anak di rumah
Anda boleh membaca laporan rahsia ini secara percuma dengan klik pada link dibawah:
Sunday, February 21, 2010
Formula 70/30 menjana kekayaan
Diharap anda semua berada dalam keadaan yang sihat tanpa kekangan kewangan. Jika anda menghadapi masalah kewangan pada masa ini, anda perlu bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut..
Kali ini saya ingin berkongsi satu Formula untuk menjana kekayaan yang dikongsikan oleh pakar-pakar kewangan iaitu formula 70/30..
Formula 70/30 merupakan teknik menjana kekeayaan dengan membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian iaitu:-
- 70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan membeli belah
- 30% digunakan untuk menjana kekayaan..
Anda perlu mendisiplinkan diri untuk menggunakan formula tersebut. Sekiranya 70% yang digunakan untuk perbelanjaan hidup selama sebulan tidak mencukupi, anda perlu mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realsitik.
Sebagai contoh jika gaji anda RM2000 sebulan, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut. Baki RM600(30%) anda gunakan untuk menjana kekayaan!
10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma. Ingat rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan.. Itu sebab dalam Islam, kita perlu membayar zakat dalam menyucikan harta yang kita perolehi hasil penat lelah kita bekerja..10% kedua (RM200) anda gunakan untuk perniagaan. Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi berkursus, membeli buku/bahan bacaan, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan. Ingat! kita boleh mengejar matlamat yang kita impikan dengan memperolehi ilmu untuk mencapai matlamat tersebut.
10% ketuga (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.
Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus RM200 setahun, simpanan anda bakal mencecah:-
- RM175,000 (selama 20 tahun)
- RM525,000 (selama 30 tahun)
- RM1.4 juta (selama 40 tahun)
Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik ini untuk masa depan anda.
Tetapi tidak semua orang akan ikut teknik ini walau betapa hebat sekalipun formula ini. Sebab itu tidak ramai yang menjadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun telah berpencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan. Ini kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demai masa hadapan.
Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, saya sarankan kepada anda untuk mengikuti formula 70/30 pada hari ini. Mulakan penjimatan hari ini juga untuk mulakan simpanan anda.
Thursday, February 18, 2010
MLM dahulu dan sekarang
Adakah salah sistem MLM? Salah Upline sebab tak bantu? Salah produk sebab tak de orang nak beli? Walaupun alasannnya yang anda berikan.. Namun secara tidak langsung kesalahan tetap berpunca dari diri kita sendiri.. Ya.. Itulah realiti yang kita semua perlu terima.. Jangan menyalahkan orang lain, sebaliknya salahkan diri sendiri..
Perniagaan MLM baru wujud setiap tahun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.. Sekiranya anda membuat semakan di senarai DSAM (Direct Selling Association Malaysia), ada lebih 300 syarikat yang berdaftar. Dan jika anda membuat semakan di Kementerian Perdagangan (KPDN HEP) pula, terdapat beribu sijil AJL yang telah diluluskan. Ini yang berdaftar, Yang tak berdaftar pun ada banyak lagi.
Saban hari ada sahaja perniagaan MLM baru yang saya dengar dari mulut rakan-rakan sehingga saya sendiri tak dapat untuk mengingati kesemua nama-nama perniagaan tersebut.. Nama-nama MLM yang masih saya ingat setakat ini seperti CNI, LUXOR, Sureco, elken, Amway, Cosway, Zulian, Gano Excell, ICash, MyMode, Propolis Gold, Bioasli dan macam-macam lagi.. Untuk makluman anda semua terdapat perbezaan perniagaan MLM dahulu dan sekarang mengikut arus peredaran masa.. Terdapat inovasi dalam perniagaan MLM dari semasa ke semasa.
Suatu ketika dahulu MLM dilakukan dengan cara konvensional iaitu dengan mengadakan jualan langsung dari rumah ke rumah.. Ianya dilakukan secara Offline dengan mengadakan home party atau demo party.. Saya pernah mengikuti up line saya pergi ke rumah prospek yang telah memanggil rakan-rakan dan jiran tetangga untuk menikmati jamuan ringan di samping mendengar penerangan tentang kelebihan perniagaan jualan langsung dari Upline dan rakan-rakan yang telah mahir selok belok perniagaan tersebut..
Semasa home party tersebut diadakan berlaku proses penjualan produk dan sponsor ahli baru.. Biasanya dalam sehari sekiranya perniagaan MLM tersebut dilaksanakan secara Part time paling banyak pun home party yang boleh diadakan adalah sebanyak 2 buah rumah..
Dan untuk seseorang upline membantu downline untuk closing prospek (rakan atau kenalan downline) di kedai-kedai makan, rumah, tempat kerja dan sebagainya juga mengambil masa yang agak lama.. Dan adakalanya usaha kita pada hari tersebut langsung tidak mendatangkan hasil..
Cuba anda banyangkan sekiranya kita memperuntukkan masa selama 30 minit untuk closing seorang prospek dan kita lakukannya secara part time iaitu 2 hingga 3 jam sehari.. Berapa orang prospek yang dapat kita temui dalam sehari??
Itu belum dikira masa yang digunakan untuk sampai ke tempat prospek, kos yang digunakan untuk membelanja prospek, kos yang digunakan untuk mengadakan demo atau home party, kos pengangkutan untuk sampai ke tempat prospek atau home party.. Tentunya kita mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar untuk meraih kejayaan dalam MLM suatu masa dahulu..
Inovasi MLM
MLM zaman sekarang dilakukan dengan lebih mudah.. Kita dapat mencari prospek, dapat menaja Downline hanya dari rumah.. Disamping itu kita juga dapat membantu Downline kita untuk closing hanya dri rumah.. Ini dapat dilaksanakan berikutan munculnya ramai celik IT di kalangan masyarakat kita..
Sebagai contoh saya tertarik dengan perubahan satu produk MLM iaitu Mymode.. Suatu ketika dahulu perniagaan My Mode dilakukan secara Offline.. Tapi kini My Mode telah menjalankan perniagaan secara online.. Saya telah mendapat 8 orang Downline pada minggu pertama dengan mendaftar sebagai ahli My Mode dan mempromosikan laman web my mode.. Saya tidak mengeluarkan wang untuk tujuan promosi atau menaja downline saya.. Ini disebabkan setelah menjadi ahli my mode saya telah mendapat laman web yang dapat digunakan untuk tujuan menaja downline.. Jadi kerja kita akan menjadi lebih mudah..
Malahan ada di kalangan downline saya bukan dari kalangan orang yang saya kenali.. ada yang datang dari seluruh Malaysia dan lain-lain negeri.. Inilah kelebihan menjalankan perniagaan MLM secara online.. Perniagaan kita dapat kita kembangkan dengan hanya duduk di rumah bersama ahli keluarga..
Salah satu perniagaan MLM online yang sedang hangat pada ketika ini adalah Vemma. Anda boleh mendapatkan limpahan downline dengan hanya mendaftar keahlian secara percuma. Malah sistem MLM ini dibantu oleh upline dengan promosi secara automatik. Sebaik sahaja anda mendaftar keahlian secara percuma anda akan mendapat laman web replika. Belum apa-apa dah dapat laman web. Tetapi untuk menjana pendapatan dalam MLM ini seperti biasa anda juga perlu mengeluarkan belanja..
Untuk mendapatkan maklumat perniagaan MLM ini dengan lebih mendalam anda boleh mendaftar secara percuma di laman web berikut;
http://www.duitjutawan.vemma.com
Ramai orang telah berjaya dengan menjalankan perniagaan MLM secara online. Ini kerana anda boleh mendapat prospek dan menjana pendapatan dengan hanya minum secawan kopi dihadapan meja komputer anda..
- Tak perlu jumpa orang
- Tak perlu keluar duit minyak kereta jumpa orang
- Dapat luangkan banyak masa bersama keluarga di rumah
- Boleh dapat duit sambil tengok tv di rumah..
Dan banyak lagi kelebihan menyertai MLM secara online..
Monday, February 15, 2010
10 Langkah untuk mencapai matlamat bebas hutang
Masih terngiang-ngiang lagi lagu dendangan Salleh Yaakob suatu ketika dahulu.. Tetapi dalam kehidupan kita pada hari ini, hutang merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.. Semua orang tidak akan terlepas dari berhutang.. Tidak kiralah untuk tujuan apa kita berhutang samada untuk menyambung pelajaran, berkahwin, membeli alat kelengkapan rumah, modal perniagaan, membeli hartanah, membeli kenderaan dan sebagainya..
Hutang tetap hutang.. Namun kita perlu bijak menguruskan kewangan kita untuk menyelesaikan hutang-hutang kita.. Jadi, pada post kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang 10 langkah untuk mencapai matlamat bebas hutang... Ok, mari kita bersama-sama membaca satu persatu langkah berikut:-
1) Periksa rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada. Untuk perbelanjaan menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda. Walaupun untuk membeli ais krim RM0.50 untuk anak anda.
2) Kirakan jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan
3) Tuliskan senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali insuran rumah, Telefon Bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada. (Pastikan anda selalu kemaskinikan rekod senarai hutang)
4) Buat senarai pembayaran minima yang anda perlu lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2,000 setiap bulan
5) Tengok baki yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
6) Senaraikan semua hutang anda supaya hutang yang sedikit di atas sekali, dan yang bayak terletak di bawah. Contoh:
a) Hutang membeli pinggan mangkuk RM300
b) Hutang membeli perabot RM3,000
c) Hutang membeli peralatan kelengkapan elektrik RM4,000
d) Hutang Kad Kredit RM5,000
e) Hutang kereta RM50,000
f) Hutang rumah RM100,000
7) Sekarang anda perlu membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu. Contohnya hutang membeli pinggan mangkuk dan akhir sekali hutang yang besar, contohnya kereta atau rumah
8) Anda telah kirakan jumlah minimum hutang yang perlu anda bayar pada setiap bulan pada langkah 4 iaitu RM2,000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut iaitu RM200.
9) Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpul RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan ahli keluarga apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan di luar, cuba kurangkan Jika anda merokok, cuba behenti. Jika anda berusaha pastinya anda akan temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.
10) Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar R200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksimum untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.